Kejutan


Assalamualaikum ...

Hari ini hari jumaat .
Jumaat yang banyak kejutan .
Satu kisah gembira dan lainnya adalah ujian .

Perkara pertama yang berlaku 
bila my anak buah memberikan dua sampul surat .
Surat pertama dari cinta hati sapa lagi kalau bukan maybank .

Surat kedua pula sudah dijangka kedatangannya .
tapi dapat KEJUTAN bila tengok harga setem ... 80 sen !
ni lah dia suratnya ... jeng jeng jeng 


Kejutan


Terima kasih Jari Manis ( JM ) atas kiriman ini .
Buah tangan dari Korea gitu .
Siap menayang pada my kakak lagi .

Maaflah JM gambar tak berapa jelas .
Kamera buat hal .
Jadinya terpaksa guna kamera fonepad .
maka diataslah hasilnya .

Sedang terkedek - kedek membuka kiriman JM di atas ,
tetiba my kakak terjah bilik dengan keadaan yang terkejut
dan suara yang berbaur bimbang sambil berkata :

 " Yani ( my abang ) ada sms aku tadi .
Katanya F ( my anak buah aka anak long ) 
update kat facebook kata long meninggal .
Cuba ko buka facebook tengok betul tak .
Bateri phone aku  dah nak habis pulak . "

Den yang dengar lagi lah terkujat .
Tak de dengar sakit atau berita yang seumpamanya
tetiba kata my abang long meninggal !
KEJUTAN apakah ini ?

Den yang kelam kabut nak buka fcebook ni pun 
tanya kat my kakak :

" Dah call kampung ke belum ? "

" Aku call kak tina .
Dia tak dapat cakap dengan aku 
sebab dia tengah cakap dengan doktor .
Dia kat hospital JB .
Abang atan nak operate kepala sebab ada pendarahan .
Dia kata tak tahu pun pasal long . "

Oh my ... abang atan ? KEJUTAN lagi .

" aku call uda .
uda kata pun tak tahu . "

logiknya kalau betul berita tentang long tu ,
mestilah uda tahu .

" tak kan lah anak - anak dia langsung tak beritahu kita
kalau betul berita long tu .
Dan tentu kita adik beradiknya . "

den membebel kegeraman .

" cuba ko call M ( anak sulung long ) . "

Pastu den pi kejar my kaka yang dok kt ruang tamu .

" Bukan long tapi K yang meninggal . "

" owh , kalau K , K tu kan bapa angkat B ( anak kedua long ) "
Logiklah kalau B update kat facebooknya . "

" B lah yang update tu . "

" Bukan ko kata F ( anak ke tiga long ) ke tadi . "

Haish ... dah tentu den tak salah pendengaran !
Alhamdulillah ... syukur bukan long .
Maka perbualan tertumpu pada abang ipar pula .

" bila abang Atan masuk hospital ? "

" uda kata semalam .
dia sedar tapi tak boleh buat apa -apa .
keadaan dah lemah .
Bawa pergi hospital batu pahat .
Sampai batu pahat , dapat arahan pegi jb .
Naik ambulance . "

Nasib baiknya my kakak , kak lin keje kat hospital jb .
Jadinya prosedur jadi mudah . 
Tak yah tunggu pun ,
Sampai sana , doktor dah tunggu untuk tindakan lanjut .

Malam ni makan pun ala kadar je .
Teringatkan my kakak menghadapi situasi abang ipar di jb .
tak mampu rasanya nak bergembira .

Kami nak bekejar ke sana pun 
keadaan di sini tidak mengizinkan .
Esok saja my kakak kena buat ceramah
tentang penandaan PT3 .

masa makan malam ,
my anak buah lak mengadu :

" mak usu , hingus najwa warna kuning pekat lah mak usu . "

" Najwa , cuba tengok sini tisu tu . "

bila den tengok , 
warna itu bukan kuning pekat
tapi merah cair .

" ma , ni warna darah cair rasanya ni ma . "

pada masa ni my kakak lagilah dah tak boleh senyum .

" ko ada rasa sakit kepala tak ? "

najwa menggeleng saja .
den tengok matanya pun normal je .

" cuba jangan hembus hingus tu najwa .
biarkan je meleleh , mak usu nak tengok . "

sedang den cuci tangan di dapur ,
si akif panggil .

" mak usu , hingus najwa dah keluar . "

bila den tengok ,
ya , memang sah darah cair .

" ni darah cair ni najwa . "

KEJUTAN lagi . tapi kena bertenang .

" mak usu ni buat orang takut je la . "

nabila dah tersengih - sengih .
den selamba je menapak mendaki tangga 
menuju bilik my kakak .

" memang darah la ma yang meleleh kat hidung najwa . "

my kakak terus duduk . bertenang sekejap .
sebab perkara ni tak pernah berlaku .

" dah , ko kalau nak mandi , mandi cepat . 
pastu setelkan najwa tu . "

pastu den masuk bilik .
tetiba nabila panggil beritahu citer paranormal 3 dah mula .

den keluar tengok najwa ok je .
rupanya my kakak letak ais kat dahinya .
alhamdulillah ... darah tu dah berhenti meleleh .

Sekarang , kami masih terasa dengan KEJUTAN - KEJUTAN itu .
Cuma bersedia sahaja kalau dapat call dari kampung .
Kalau tak kerana berita long ,
pasti kami juga tak tahu pasal abang ipar .

Aturan Allah , kita terpaksa terima .
Berdoa yang terbaik selagi boleh .
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan my kakak di jb .







10 Sila komen:

  1. bersabar dan bertenang..bertimpa-timpa kejutan yg datang...

    ReplyDelete
  2. fuhh, kejutan demi kejutan tu.. Semoga abg Ipar sis kuat n akan cepat sembuh.. Najwa tak dak apa dah ke sekarang.. hidung berdarah sebab panas ke..

    ReplyDelete
  3. opocot terkejut..
    cantik hadiah..jeles ai..
    kompius lak baca kisah seterusnya..M..K..F...hihihi...apa-apa pun semoga mereka-mereka semua tu baik-baik saja..

    ReplyDelete
  4. aduh..banyaknya kejutan. yang gembira yang duka..
    harap2 takde sakit jantung vee. yg membaca pun berdebar dibuatnya...

    ReplyDelete
  5. berita kejutan yg sgt mengejutkan tu...semoga keluarga qv bersabar dgn ujian-Nya n Allah permudahkan segala urusan-nya.

    ReplyDelete
  6. Sesak nafas nak baca sampai habis..one after another.
    Semoga segala urusan dipermudahkan. Aamiin

    ReplyDelete
  7. memang mengejutkan.. nina pun bru dpt hari ini. comelkan

    ReplyDelete
  8. tahniah ... syoknya hadiah dari korea :)

    ReplyDelete
  9. Bertabah dan bertahanlah dengan ujian dariNYA. Moga pengakhirannya akan menjadi manis.

    ReplyDelete
  10. belum habis terkejut, saya terkejut lagi. kejutan demi kejutan.
    tak dapat bayangkan apa cik qaseh dan sekeluarga rasa sekarang.
    inshaAllah, saya doakan semuanya akan baik2 saja.. :')

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...