Rempeyek Kacang Kuda


Rempeyek Kacang Kuda | Masa sis kecil , rempeyek yang sis selalu jumpa hanyalah rempeyek kacang tanah dan rempeyek kacang hijau ( orang jawa panggil tumpi ) . Rempeyek itu pula sis cuma dapat makan bila hari raya dan di majlis kerja kahwin . Sekarang ini , sudah ada macam-macam jenis rempeyek seperti rempyek kacang dal , rempeyek ikan bilis dan rempeyek kacang kuda .


Rempeyek Kacang Kuda

Rempeyek kacang kuda ni pertama kali sis jumpa dan rasa bila dapat goodies dari majlis kahwin . Rempeyek kacang kuda ni rangup dan lembut kacangnya . Kalau kita beli kacang kuda di pasaraya pun tak dapat yang selembut itu . Bila dah rasa sedap , maka belilah satu paket .

Sis dok fikir , adakah mereka itu merendam dahulu kacang kuda , sebelum direbus dan kemudiannya dijadikan rempeyek ? Mungkin juga betul kan . Macam ada hasrat nak mencuba . Tapi kan , tak laratlah nak menggoreng sampai habis . Kalau makan tu , sekejap je licin kan .

Tetiba teringat zaman dulu . Bila ada jiran tetangga satu kampung nak buat kenduri kahwin , arwah bonda akan membuat rempeyek sebanyak satu tin biskut yang besar tu untuk diberikan kepada tuan rumah . Bila arwah bonda buat majlis kahwin pula , orang itu akan melakukan perkara yang sama pada bonda . 

Orang zaman dulu guna sistem bata bila buat kerja kahwin . bukan setakat makanan ringan , ayam dan beras juga begitu . Sebab itu , orang zaman dulu memang muafakat dan kerjasama dalam satu kampung . 

Tapi kampung sekarang , korang pun tahu macam mana kan . Kalau korang tengok drama melayu , memang macam tulah kebanyakan ampung zaman sekarang .

Dari bercerita pasal rempeyek dah melalut pulak sampai kisah orang kampung ya ... heheheheee .


4 Sila komen:

  1. Uishhhh..Sedap nih..makan sambil tgk tv...huhu

    ReplyDelete
  2. wah..kacang kuda pun boleh,,,biasa kacang dal je..hiii...

    ReplyDelete
  3. Mmg tak pernah dengar tu Vee...
    Baguslah kan mereka ni. Rajin mencuba benda baru. Nak buat peyek yg tak berkacang pun tak lepas, inikan pulak peyek kacang kuda hihi

    ReplyDelete
  4. suka rempeyek kacang kuda dari kacang tanah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...