Kebakaran


Kebakaran | Sejak sehari dua ni , sis rasa macam berjerebu pula . Sama sis seorang yang terasa macam tu atau korang pun sama juga . Di awal pagi lagi dah nampak awan rata tapi tak hujan . Angin pulak seakan tak bertiup . Kalau berada diluar , bukan berpeluh , tapi badan terus je rasa melekit . Kalau korang dok dalam kereta berair cond pastu masuk pejabat berair cond , memang tak terasa lah .


Kebakaran




Dua minggu lepas , kalau tak silap , sedang kami melayan tv dipetang hari , dah dekat pekul tujuh sebenarnya , kami mendengar bunyi siren . Bila menjenguk ke luar tingkap , ternampak la bomba .

Maka seluruh jiran tetangga di kejiranan ini yang kejakunan termasuk kami , keluar untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi .

Di tempat kenderaan bomba itu ada api yang kecil . Mungkin semasa bomba itu sampai , api sudah terpadam sedikit . Tetapi kepulan asap yang naik itu memang kelihatan seperti kebakaran dari jauh . Pada masa bomba sampai tak ada sesiapa di situ . Tak tahu siapa yang call bomba atau pihak bomba sendiri yang dapat kesan keplan asap tu .

Kemungkinan besar , kebakaran itu berlaku diebabkan puntung rokok . Tak ada orang pun yang sesaja nak bakar sampah di situ . Tapi di situ tempat penghuni membuang perbot rosak atau tak diperlukan lagi .

Dalam musim panas kering ni , berdasarkan pengalaman sis melihat arwah abah membakar di kebun untuk tujuan penanaman semula , api bukan sekadar membakar sampah tetapi akan masuk ke dalam tanah juga . Kalau tak disiram tanah itu sehingga bara api benar- benar terpadam , ia akan menjadi api yang marak bila ditiup angin .

Masalahnya , di dalam hutan itu ada penghuni . Binatang tu sudah tentulah . Selain itu , ramai pendatang buat rumah seperti khemah di dalam hutan tu . Kalau nak ikutkan status menceroboh tanah milik kerajaan , kita memang tak perlu kesian , tetapi sebagai manusia kita perlu ada sifat kemanusiaan .

Walaupun pendatang itu bukan rakyat malaysia , tapi bumi ini milik Allah . Sesiapa sahaja boleh menggunakannya .

Alhamdulillah , tiada lagi api selepas itu . Dalam keadaan sekarang ini , kalau buat pembakaran terbuka walaupun kecil dan dijaga , tetap akan kena sama juga kan ....



6 Sila komen:

  1. PERLU AMAT BERHATI HATI DI MUSIM KERING N MUDAH SEBABKAN API MEMBAKAR APA SAJA...

    ReplyDelete
  2. mmg ramai pendatang menceroboh tanah milik kerajaan, buat rumah2 banglo, dah mcm kampung halaman sendiri..last2 dpt geran tanah..

    rakyat M'sia jg yg terpinggir duduk kt flat, apartment yg kecil...huhu..

    ReplyDelete
  3. musim panas lagi cepat api merebak..kena jaga2 kalau nak membakar pun.lagi2 kawasan yang kering..

    ReplyDelete
  4. Kat tepi highway pun ada kebakaran kecil berlaku mungkin dari puntung rokok yang dicampak ....berjerebu juga lah masa kami lalui nya.

    ReplyDelete
  5. Dalam cuaca yg panas ni mmg senanglah terbakar. Buang puntung rokok terus jerlah menjadi api....
    Sekarang ni tempat kita pun mcm dah jerebu Vee

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...