Gemok Dan Photografi | Sabtu lepas sis habiskan hari cuti dengan meronda di Royal Floria Putrajaya 2016 . Sis pergi bertemankan kawan yang dah hampir 3 tahun kami tak berjumpa . Kawan sis ni kerja kat Putrajaya je . Bukan tak nak jumpa , cuma kami sibuk dengan hal masing-masing . Kami berhubung melalu facebook dan mesej je .
Petang Jumaat tu sis beranikan diri mesej si kawan ni pi teman sis meronda di Royal Floria Putrajaya 2016 . Tak sangka lak dia setuju sedangkan hari itu hari dia bekerja dan perlu siapkan laporan . Apalagi , seronok bebenor lah sis .
Bila jumpa je , perkataan pertama yang kelur dari mulut dia selepas 3 tahun adalah :
" dah gemoklah ! "
What ? sis dah gemok ? Katanya punggung sis dan besor dan pipi sis dah montel . Kalau tanya orang yang nampak sis hari-hari , dah tentulah mereka kata sama je kan . Patutlah bila sis pakai baju t dalam simpanan yang bersaiz S dah sendat . Seluar jin yang dah lama tak pakai tu pun dah tersekat kat punggung ... perghhh . Patutlah perut pun dah start ke depan . Nasib baiklah nak Ramadhan . Maka berdietlah gamaknya ! Nasib baik baru tambah ke saiz M je ... meh meh meh .
Kami pergi ke Presint 2 untuk makan dulu . Macam biasa , sementara tunggu Umai cafe tu lengang / ada tempat kosong , sis pun tembaklah beberapa gambar . Masa sis tembak gambar Mesjid Besi / Masjid Sultan Mizan tu , dia tegur :
" nak cantik , ambil gambar macam ni ... "
Beza gambar masjid Sultan Mizan yang sis snap dengan yang ini adalah ada bunga di situ . Lepas tu dia tanya sis :
" ada instagram tak ? "
Sis angguk je la . pastu dia tunjuk insta dia . Mak ai , penuh dengan gambar pemandangan yang dia snap di mana-mana . Gambar-gambarnya memang kreatif . Ada style lah senang cerita . sampaikan ada orang putih komen kat situ ' biar gambar bercerita " .
Serious , memang cantik gambar-gambar yang dia ambil . Kawan sis ni cuma snap gambar guna phone je . Tapi bakat dia memang semula jadi . Dia tak masuk mana-mana kelas photografi pun . DSLR pun dia tak ada . Maka sis pun pujuklah dia beli . Dengan gaji dia tu , sekelip mata je dia boleh grap DSLR . Tapi dia senyum je ... ermmm .
Maka sis pun terfikirlah . Sis pun selalu juga tengok teknik-teknik photogafi bila tengok gambar-gambar dalam page amazing world dan seumpamanya tapi tu la , tak pernah pun terfikir nak cuba teknik-teknik tu . Maka sis pun mencubalah ...
Ini tak menjadi .
Sepatutnya menara pensil tu di tengah-tengah .
Ini kalau tanya SS mesti belum pass ... heh heh heh .
Ini kes hentam sajalah .
Sis tangkap gambar ni guna phone je . Masjid Sultan Mizan tu guna digital kamera lah tapi gambar tak berapa sharp .
edit pun kena pandai gak sis..hehe
ReplyDeletetu lah kan ... hehehee
DeleteNak pergi floria tu..tahun lepas tak dpt pergi
ReplyDeletebuka sampai 4 jun . masih banyak hari lagi blh pegi ...
Deletelama2 oklah tu..practice makes perfect..
ReplyDeletesaya pakai snap je..
mula-mla mungkin kot . klu nak cepat , asal dapat je lah kan ... heh heh heh
Deletesubhanallah cantiknya ciptaan Allah
ReplyDeleteciptaan Allah semuanya cantik . sbb tu jgn kata hodoh hanya sbb mata kita tak suka pandang terutama wajah2 manusia ...
Deleteinsya allah lelama nnt pandai la tu
ReplyDelete