Niat Sedekah Yang Boleh Datangkan Bala | Di belakang umah my kakak ada mini garden . Dah namanya orang kampung , jadinya tanah sekangkang kera itu nak ditanam macam-macam . Tapi ada juga pokok yang tumbuh sendiri akibat dari aktiviti campak mencampak biji benih dengan sengaja . Maka tumbuhlah pokok jambu batu , buah nam-nam / katak puru , pokok limau , pokok lengkuas , pokok pisang , pokok kari , pokok pucuk peria laut , pokok pegaga air dan pokok daun kaduk . Hah ... dah macam hutan kan . Kalau boleh semua pokok nak ditanamnya .
Pokok jambu batu yang tumbuh sendiri itu , dah besar . Sebenarnya sebelum ini sudah beberapa kai ditebang tapi tak mati juga . Cari juga di google macammana cara nak bunuh poko jambu batu ni . Tapi tak ada . Jadinya , pokok jambu batu tu membesar lagilah .
Satu petang , sedang sis melayan lappy , tetiba terdengar sesuatu melanggar awning . Kuat dentumannya tau . Automatik sis terfikir pasal monyet . Monyet ni bukan jenis kecik tau tapi besar sikit dan wajahnya tak sama dengan monyet yang kita biasa tengok berkeliaran di atas jalan raya tu sebab sis dan my kakak pernah namap monyet tu meniti di atas tembok rumah jiran . Masa tu sis berlari ambil phone nak snap gambar tapi tak sempat .
Rupanya , man in the house dah nampak dulu dah . Petang itu juga dia tebang pokok jambu tu . Tapi sayanglah sebab yang dalam pagar tu isinya merah dan yang dahanya melimah ke luar pagar tu pula isi putih . Jadinya , dahan yang melimpah ke luar pagar tu , man in the house biarkan saja . Sedekah je la sesapa yang lalu bawah tu sambil capai jambu .
Baru-baru ni tetiba jadi ngeri pula bila orang PBT yang selalu membersihkan sampah itu dengan selambaya panjat pokok jambu batu itu . Tuan rumah ni cubalah buat bising dengan tutup pintu dapur dengan kuat supaya mereka tu turun dan pergi . Tapi boleh pula mereka selamba je berbual dengan bahasa ibunda mereka sambil bertenggek di atas pokok jambu itu ... perghhh . Memang tak makan saman !
Jadinya , niat nak sedekah itu boleh menjadi bala jika pokok jambu itu tak ditebang . Sebab , bila dah boleh panjat , maknanya mereka boleh je melompat masuk pagar dengan jayanya . Serupa je lah kita sediakan peluang pada perompak untuk masuk pagar kan ... ermmm . Makanya , memang kena tebanglah jawabnya .
Sedih sebenarnya sebab buah jambu tu memang sedang lebat berbuah dan buahnya besar sebesar buku lima . Puas lah juga sis dan anak buah makan . Sis panjat tau pokok tu sampai atas ... heh heh heh . Sis kan ringan je ...
Keselamatan lebih penting dari rezeki . Nampaknya ken membelilah lepas ni kalau nak makan jambu ... huhuhuuu .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...