Pelbagai Petua Di Dapur Yang Anda Perlu Cuba | Petua merupakan satu perkara yang lazim orang zaman dahulu lakukan dan ianya menjadi . Lepas tu terus jadi amalan sampai anak cucu cicit dan sampailah bila-bila selagi ianya berguna . Petua juga berkesan berdasarkan pengalaman . Antaranya petua di dapur seperti berikut :
Elak Air Melimpah
Letak seduk atas periuk untuk elak air menggelegak .
Bersihkan Perut Ikan
Guna berus gigi bersihkan ikan .
Ada juga orang gunakan limau dan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir .
Elak Nasi Cepat Basi
Basuh bersih periuk nasi
Terlangkupkan atas tungku dapur.
Buka api dan biar sekejap.
Buat sebulan sekali pun dah ok .
Terlangkupkan atas tungku dapur.
Buka api dan biar sekejap.
Buat sebulan sekali pun dah ok .
Jimatkan Pencuci Pinggan Mangkuk
Guntingkn bahagian yang rata pada tudung bekas sabun itu,
kemudian buatkan beberapa keratan seperti dalam gambar .
Hilangkan Hangus Melekat Pada Dasar Periuk
Bahan yang diperlukan hanya baking powder.
Didihkan air di dalam periuk yang hangit tu sehingga tenggelam kawasan hangit tu.
Campur baking powder.
Biarkan 10 minit sehingga air bertukar hitam.
Selepas itu, buang air dan terus berus.
In shaa Allah periuk anda kembali bersih.
TIPS DAPUR YG BAGUS DIKETAHUI NI...TKSH CV
ReplyDeleteSelalu dengar petua no 1 tu Vee.... pernah try jugaklah....
ReplyDeleteYg lain belum pernah mencuba. Good idea jugak tu
thanks berkongsi petua..tak pernah lg guna berus gigi cuci ikan..hihi..boleh dicobain di rumah..
ReplyDelete