Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya | Sambal belacan memang sinonim dengan masyarakat melayu . Sape tak kenal sambal belacan ? Sila komen ' saya ' . Memang korang nak kena campak dalam laut kot ... meh meh meh .
Ada orang memang tak boeh makan tanpa ada sambal belacan . Dalam peti sejuk sentiasa bersedia sambal belacan . Sambal belacan ni memang dari dulu dan menjadi teman akrab dengan ulam-ulaman . Sapa yang suka makan ulam-ulaman , wajib suka juga pada sambal belacan . Kalau tak , mana nak colek ulam tu kan .
Resepi Sambal Belacan Brunei Yang Mengancam Pedasnya
Apa beza sambal belacan Malaysia denagn sambal belacan Brunei ? Itulah yang korang tanya nanti . Jadinya , sis bagi tahulah ya . Pertama sebab namanya sambal belacan Brunei dan keduanya , resepinya yang sedilit berbeza .
Tak payah nak cerita panjang , jom kita tengok apa bahan dan bagaimana cara membuat sambal belacan brunei yang super pedas .
Bahan-bahan :
10 biji cili padi warna hijau
10 biji cili padi warna merah ( cili ni pedas kaw-kaw punya ! )
1 inci belacan di tumbuk
1/2 biji bawang holland dimayang
2 biji bawang putih di mayang
1 sudu jus lemon
Minyak masak
Garam dan gula
Cara membuatnya :
1- Panaskan minyak . Goreng cili merah dan cili hijau , bawang dan bawang putih sehingga layu dan lembut .
2- Masukkan belacan dan goreng sehingga masak .
3- Keluarkan semua bahan yang digoreng dan masukkan ke dalam pengisar .
4- Masukkan jus lemon , garam dan gula
5- Kisar sehingga halus.
Siap sudah dan bolehlah korang tuangkan atas ulam yang korang dah sediakan ataupun masukkan ke dalam mangkuk kecil .
lain cara buat sambal belacan ni boleh dicuba
ReplyDeletesusah jugak nak makan kalau sudah terlebih pedas hehe.. nice sharing sis :)
ReplyDelete