Cara Extreme Raya Dulu Dan Raya Sekarang | Rasanya sekarang ni dah sesuai cerita pasal raya kot sebab minggu depan dah masuk minggu ke-4 kita berpuasa kan walaupun bukan minggu terakhir . Korang pun dah buat macam - macam persiapan untuk sambut raya kan . Tak ler nanti ada pesanan penaja dari korang untuk sis ... heh heh heh .
Cakap pasal dah dekat raya ni , semalam pagi , selepas tonton drama assalamualaikum cinta semasa sahur secara berjemaah , keluar klip video raya ko . Lagu paling popular bila mejelang raya . Apa lagi kalau bukan lagu satu hari di hari raya milik m. nasir tu . Sempat melayan sekejap tu . Tapi tak rasa apa . Betullah , raya ni seronok masa kita budak-budak je . Lagilah sis ni , bujang yatim piatu , tak de tempat nak tuju ... huhuhuuu .
Berbicara tentang raya ni , cara extreme raya dulu dan raya sekarang memang berbeza . Antara contoh yang sis boleh beri , cara extreme raya dulu , lawan bunyi meriam gila-gila dari awal ramadhan sampai seminggu raya . Cara extreme raya sekarang pula pakai baju kurung hipster yang nampak ketiak dan dada ... hahahhaaa
Sis sebenarnya tak dapat ingat banyak kenangan sambut raya masa kecil . Memori lebih kepada bermula zaman sekolah rendah . Sebelum zaman tu , ingat sikit-sikit je lah . Tapi kan , kalau tak nak mengalir air mata , baik tak payah ingat ... huhuhuuuu .
Extreme raya korang macam mana pulak ya ...
nice sharing
ReplyDeleteyang ekstrim dulu2 ye.......
ReplyDeleteTerpaksa panjat pokok kelapa nak ambil daun ketupat,
Kejar ayam, kejar itik.....
dah lama sgt x buat kuih raya..rindunya zmn kecik2 dulu
ReplyDeleteselalunya buat sendiri hehehe
ReplyDeletelebih sedap kata mak . nina xboleh komen byk2 la sis. robt keluar dh