Petani Moden | Tak ramai pemuda / pemudi sekarang yang nak jadi petani moden walaupun mak bapak mereka ada banyak tanah dikampung yang boleh diusahakan . Kebanyakannya , bila dah habis belajar , mereka lebih cenderung bekerja makan gaji dan memiliki kerjaya yang professional .
Lain pula kisahnya dengan my anak buah seorang ni . Dia minat sangat dengan bercucuk tanam . Jadinya , dia pilih aliran pertanian semasa SPM .
Semasa menunggu keputusan SPM , dia mulakan projek bercucuk tanamnya dengan anak jiran my kakak bersama bantuan jabatan pertanian . My kakak pun keluar modal juga . Projeknya itu berjalan dengan lancar .
Bila keputusan SPM keluar , keputusannya sederhana sahaja . Pun begitu , dia dapat banyak tawaran belajar di IPTA . Tapi dia menolak . Alasannya nak jadi petani moden !
My kakak ni yang ingin sangat tengok anaknya jadi student U , memujukah dengan pelbagai cara . My kakak tak nak dia jadi macam anak sulungnya yang berhenti belajar ketika di tahun 1 di UIA semata-mata mahu fokus pada bisnes onlinenya . Keadaan jadi lebih teruk bila si abang sulung itu tak galakkan dia belajar sebab membazir duit je katanya . Kesian pun ada bola dengar luahan my kakak ni.
Sebenarnya boleh je dia belajar sambil jadi petani moden dengan menerima tawaran dari ITHHO sebab dekat je dengan rumah dan boleh berulang . Hujung minggu boleh angkat cangkul korek tanah dan belek-belek pokoklah kan .
Oleh kerana dah nak sangat jadi petani moden , jadi sis tawarkan je kebun sis untuk diusahakan . Lagipun ayahnya dah uzur dan perlukan jagaan ketika my kakak keluar bekerja . Mungkin itu juga jadi salah satu sebab dia tak nak sambung belajar .
La ni , sis pun tak tahu apa statusnya . malas nak layan keras kepalanya tu . My kakak tu ustazah . Jadinya , kita orang cadangkan dia bacakan je doa pelembut hati tiuplah kat mana-mana . Makanan ke , gula ke , air ke , ubun-ubunya ke .... kekadang nak gelak pun ada bila fikir mereka anak beranak ni .
Dia ni jugalah satu-satunya yang dok pujuk mak usunya balik kampung ... heh heh heh . Hah , kat atas tu gambar my mini ladang depan umah my kakak . apa macam Nohas , ok tak ... heheheee
Pokok apa yang ditanam dalam gambar tu?
ReplyDeleteKalau serius usaha, memang boleh pendapatan lumayan, jadi petani ni. :)
mcm2 ada yati ... sbb dah ada yg kaya jadi petani moden tu la dia nak juga ...
Deletetak salah nak jadi apa pun..tapi ilmu pun penting..perlu seimbang..
ReplyDeletebaru lah betul2 petani moden yang berjaya dan disegani ramai..
kami dan mamanya pun fikir mc tu juga , tapi remaja ni keras kepalanya lain sikit . jadi layankan je la ...
Deletesuruh lah dia ambil course berkaitan pertanian..kan ada banyak
ReplyDeletememang pun , masalahnya dia dah tak de mood nak belajor ...
Deletejaarang ada yg berminat mengusahakan tanah pertanian ni...kalau betul caranya mmg berjaya.
ReplyDeletebetul tu PI ...
DeleteMudah2an dia menjadi petani moden yang berjaya.
ReplyDeleteSaya kurang minat bercucuk tanamlah Vee...so mmg tak boleh pergilah nampaknya kalau bab bab kebun ni hihi....
ReplyDeleteSo anak sedara yg sulung tu macamana? Kencang tak bisnes onlinenya? Sayangkan berhenti dari U...kalau dpt peluang dan resultnya bagus. Sekurang kurangnya kita ada qualification.
Tulah cabaran mak bapak Vee
Bagus apa pilihannya. Janji kenalah rajin berusaha. Rezeki tak main datang bergolek-golek kat kaki kita. Sekarang ni kalau ikut trend memanglah tak nak muda-mudi sekarang ni kerja macam ni. Tak glamour. Tapi saya ada terbaca pasal satu budak ni, habis darjah 6 dah berhenti dan jaga lembu. Sekarang dah jadi usahawan pembekal lembu lagi!
ReplyDeleteni klu my anak buah baca , kembang kencup lubang hidungnya ... heheheee
Deleteinsya allah pasti ada rezeki kelak
ReplyDeletein shaa Allah ... tak rugi berbudi pada tanah .
Delete