Petua Mudah Turunkan Kolesterol Hanya Dengan Minuman | Bulan puasa pun masih sempat lagi sis berkongsi petua . Itu kan lebih baik dari berkongsi gambar masakan . Bimbang nanti ada yang terliur pula walaupun dah berpuluh tahun berpuasa Ramadhan . Kang tak memasal sis kena tanggung sama ... heh heh heh .
Bulan puasa ni sebenarnya adalah masa yang paling baik untuk menjaga kesihatan . Baik pulih segala sistem yang dah mula bermasalah termasuklah kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan . Kolesterol dalam badan bukan sahaja berada pada orang yang obes malah orang yang kururs juga . Jika kolesterol dibiarkan bermaharajalela , akan mengundang penyakit lain pula .
Resepi Air Barli Lemon
Ada cara mudah untuk turunkan kolesterol dalam badan iaitu hanya dengan segelas minuman . Korang cuma perlukan barli , lemon dan madu kemudian satukan kedua-dua bahan tersebut di dalam gelas menggunakan resepi berikut :
Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon
Cara Membuatnya :
1- Basuh barley & rendam seketika.
2- Masak barli sehingga lembut.
3- Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
Kebaikan air barli lemon :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah
** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.
Air barli merupakan minuma kegemaran Rasulullah . Ini membuktikan bahawa setiap amalan sunnah itu sangat baik untuk kehidupan kita .
Banyak kelebihan Barli Lemon ni ye QV..
ReplyDeleteKena jaga juga kesihatan di bulan puasa ni kan..
sedap nih..disejukkan dlm peti ais...mmg menyegarkan..
ReplyDeleteboleh buat sajian berbuka puasa nanti..
ReplyDeleteWah boleh cuba petua ni.
ReplyDeleteKalesterol pakcik tinggi.
Tak pernah buat barli lemon ni Vee....Tapi kalau Green Tea lemon pernah gak..... Sejak puasa ni lum lagi buat lemon ngan green tea. Takut gastrik pulak hihi
ReplyDeletemadu da ada lemon ngan barli je kena cari ni
ReplyDeleteMudah sangat. Tapikan bulan puasa ni, air berperisa dan manis terasa sedap pulak! Nak mencukupkan 8 gelas air putih pun siksa!
ReplyDelete