PETUA ELAK DEMAM / SELSEMA / BATUK BERJANGKIT SATU RUMAH


PETUA ELAK DEMAM / SELSEMA / BATUK BERJANGKIT SATU RUMAH | Anak buah sis yang kecik ni dah mula batuk-batuk dan suara serak . Macam tanda nak demam . Tapi rasanya , abahnya dah demam dulu . Ni sis dapat dari facebook . Jadinya share dengan korang kot-kot korang nak cuba .


PETUA ELAK DEMAM / SELSEMA / BATUK BERJANGKIT SATU RUMAH



Pernah dengar tak petua orang tua2 dulu kata :


" kalau anak demam/selsema/batuk, ambil bawang merah, kupas dan hiris. Letak bawah bantal dia tidur, insyaAllah sehari dua dah sembuh "

Petua Elak Demam / Selsema / Batuk Berjangkit Satu Rumah


Kebetulan, anak admin selsema berjangkit dengan abahnya. Lepas ada batuk-batuk sikit. Jadi admin cuba praktikkan petua elak demam berjangkit ni. 

Caranya :




Letak bawang merah ni kat bawah bantal dia, atas meja solek dalam bilik, ruang tamu dan di dapur. Lepas tu admin tumbuk bawang putih (bawang merah pun boleh), lepas tu campur minyak masak dan sapu kat dada, kaki dan atas hidung(sikit je).

Esoknya, tengok hidung anak tak berair dah. Kering. Batuk yang baru nak menjadi tu pun dah tak kedengaran. Syukur alhamdulillah. Tak sempat berjangkit ke kakaknya. Bukan anak je sembuh, selsema abah dia yg dah 3 hari duk makan ubat selsema tapi tak baik-baik tu pun dah sembuh.. Syukur alhamdulillah. Apa yang ada pada bawang ni ye agaknya??

Khasiat Bawang Merah


Berdasarkan sumber dari seorang rakan Fb yang beliau terima dari sahabatnya yang bekerja di makmal, rupa-rupanya:

" Bawang adalah sejenis sayuran yang mengandungi kandungan antioxidant yg tinggi dan ada kimia yg bersifat asidik juga antibacteria.

Jadi apabila kita potong bawang dan rasa nak menangis, sebenarnya bawang tu LEPASKAN GAS yg bersifat antibakteria.

Sebab tu bila kita letak di tepi katil org demam/selsema dia "nampak" membantu sebab bawang LEPASKAN gas antibakteria."

Jadi kepada anda, yang anak kerap demam/selsema/ batuk tu, bolehlah cuba petua ni ye. Seeloknya bila salah seorang dari ahli keluarga dah terkena tu, terus buat. InsyaAllah cara ni dapat elakkan dari satu rumah berjangkit. Semuanya dengan Allah juga. InsyaAllah



3 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...