Ujian Ramadhan Pertama


Ujian Ramadhan Pertama | Hari ini Selasa , 6 / 6 / 2016 adalah merupakan 1 Ramadhan . Tarikh yang sangat cantik . Kalau hari ini bukan 1 Ramadhan dan jatuh pada hujung minggu , sudah pasti ramai yang akad nikah dan buat majlis kahwin . 

Ujian Ramadhan Pertama

Seawal pukul 2 pagi , perut sis dah berangin . Di fikiran cuma fikir perut kosong mungkin angin gastrik walapun sis tak pernah kena gastrik . Jadi sebab takut kena gastrik , sis bangu dan buat segelas susu .

Tiba pukul 4 pagi , keadaan masih tak berubah . Maka jangkaan kedua adalah angin sebab nak cirit birit . Bila masuk bilik air , push , betullah . Makanya , bila bersahur tu , muka pun menahan segala macam rasa .

Kebetulan ramadhan ini sis memang nak makan oat dan kurma sahaja ketika bersahur . Jadinya , oa dapatlah jadi ubat kepada perut yang kosong kerana cirit birit . Masa sis menaip ni , angin perut itu masih lagi datang dan pergi ... ujian 1 ramadhan beb !

Ramadhan ini sis hajat nak berpuasa sambil berdiet katanya . Nak ambil balik saiz S yang dah jadi M . Korang rasa boleh tak ? Mudah-mudahan lah kan . Pastinya , sis tak akan ambil nsi lagi . Cuma nak lebihkan minum air dan makan buah sahaja ... uh , cayok ! cayok !

Dua paket makanan di atas tu wajib ada untuk my anak buah bersahur . Tapi bila dah buat , satu rumah yang minum . Selalunya hanya boleh bertahan beberapa hari sahaja .

Kali ni , si qistina dah boleh bersahur dengan senyum tak macam tahun lepas yang bersahur dengan paksaan . Si abang dulu lagi dahsyat . Bersahur dengan pejam mata ... ko mampu ! ... hahahaaa

2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...