Cara Budak Sekarang Minta Maaf Di Pagi Raya | Dua hari lagi nak raya . Sis masih melenjan jalan-jalan cuci mata sambil merembat kalau ada berkenan di hati . Al kisahnya semalam sis pergi AEON depan mata . Nampak sales , mata pun naik juling . RM dah banya habis baru tau ada sales di AEON ... gugur jantung jap ... heh heh heh . Tapi memang happening semalam . Ramai orang ! Tapi tu lah , nak keluarkan RM kena beratur panjang U ... perghhh .
Cool je budak ni minta maaf . Siap buat dram lagi ... heheheee
Dulu , bila abah balik dari sembahyang raya , anak -anak yang dirumah sudah berpakaian cantik . Maklumlah pagi raya kan . Walaupun tak kemana , baju baru tetap kena pakai untuk dapatkan feel raya .
Selepas abah duduk di kerusi , mak pun duduk sama , maka anak-anak beratur minta maaf . Bahasa kami minta maaf ni unik tau . Kami minta maaf dalam bahasa jawa . Kalau korang dengar memang tak faham . Lepas tu , panjangnya mak aih , penat tau berdiri tunggu giliran !
Kalau korang tanya apa yang panjang sangat tu , sis gelak je lah ya ... hahahaaa . Rasanya dalam family sis , cuma sis sorang je yang minta maaf dalam bahasa melayu dan ringkas sangat . Selalunya arwah mak dan abah senyum je .
Biasalah , orang tua ni , walaupun kita tak cakap , dia maafkan saja semuanya . Dah namanya anak kan . Tapi budak sekarang lak , caranya lain lah dari kita . Cara mereka ringkas sangat dan nada suara pun macam tak ada perasaan . Macam korang baca skrip je .
Berbeza cara orang lama yang tunduk rapat kepala bertemu kepala , mulut dekat dengan telinga , bunyi suara pun berbisik . Halus dan berseni . Sangat beradap . Jadi orang lain tak dengar apa yang diucapkan dan seterusny tak jadi umpat keji di belakang lah .
Zaman sekarang ni , kalau kita ajar anak cara macam tu , adab macam tu supaya adat tak hilang , rasanya mereka cuma mencebik je kot . Leceh katanya ...
Sis pun cuma minta maaf cara lama dengan orang - orang tua aka makcik pakcik je ... heeeee .
Cara Salam pun lain macam letak tangan Kat dahi. Bukankah sepatutnya cium tangan tu bila tegur kata kita cerewet.
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteDulu2 pagi raya dah beratur nk salam.dengn mak ayah, sekarang xde lg selepas mereka pergi, anak2 sekarang salam ambil duit raya xde pun nk minta2 maaf, mungkinx faham kot.
ReplyDeleteSelamat menyambut syawal mohon maaf andai ada tersalah kata masa komen di blog ni ye
alamak kena guna bahasa jawa adeh.. x reti hahaha.. kalo dngr pun memang dok pahe.. hehehe.. kalo salah sebut tak dapat duit raya ke ?
ReplyDeletePengakuan berani mati tuh... he he he..
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri..maaf zahir & batin..
ReplyDeleteseeloknya kalau mintak maaf, memang kena listkan satu-satu macam budak dalam iklan TNB ni..barulah afdhal
ReplyDelete