Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan | Ehem , korang dah buat biskut ke ? Kalau Mak Jilap memang dah banyak buat . Sis lak , tadi pi buat kuih tunjuk kat AEON . Dah ternampak biskut kacang tumbuk . Haruslah rembat satu . Kalau buat sendiri , confirm tak jadi sebab memang tak tahu pun resepinya ... heh heh heh .
Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan
Sis tau biskut almond landon ni memang kesukaan ramai terutama budak -budak . Sebab utama adalah coklat yang dok atas tu . Sis pun suka giler tau . Tak payah citer banyak . Meh sis kongsikan resepi biskut almond london supaya korang dapat buat juga .
Bahan-bahan:
1 buku mentega
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk badam (optional)
1 cawan tepung jagung - ayak
2 1/2 cawan tepung gandum @ secukupnya sehingga doh boleh dibentuk - ayak
1 sudu besar tepung beras - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
kacang badam (digoreng tanpa minyak) secukupnya
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound
Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
7. Taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan ia kering. Siap disimpan.
Salah satu kek faveret saya nie.. nyum2
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletefeberet ni
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
Love,
Lya Afrina ;-)
Hahahaha... Kalau Mrs. A buat tak tahu jadi apa. Mujurlah tak suka sangat mahal kuih ni.
ReplyDeletewajib ada dihari raya.. suka !! tapi CT makan cookies dia ja.. almond letak tepi kasi orang lain. bukan x suka.. tapi kenot go bila ngan cookies ni..
ReplyDeleteso far belum makan lagi raya kali ni..suka jugak kuih ni
ReplyDelete