Resepi Mudah Buat Laksam Sukatan Cawan



Resepi Mudah Buat Laksam Sukatan Cawan | Secara jujurnya , sis tak tahu laksam ni asalnya dari negeri mana . Mula-mula sis nampak kat program masakan di tv , katanya laksam ni makanan traditional orang negeri Perak . Lepas tu terbaca juga yang laksam ni popular di Kelantan dan Terengganu .

Resepi Mudah Buat Laksam Sukatan Cawan




Resepi laksam (12 gulung)


Dulu sis tak reti buat Mee laksam . Masa cuba resepi mee laksam ni pun macam tak percaya boleh jadi sebab adunannya sangat cair . Alhamdulillah , memang menjadi . Pada korang yang nak buat rumah terbuka hujung minggu ni , meh le cuba ya resepi mee laksam ni ya .

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak


campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak .

* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..

* angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

* kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis.


Resepi Mudah Buat Laksam Sukatan Cawan

Kuah laksam 6 orang makan

  • 3 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti )
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan .

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dalam blender supaya senang kisaran.

* masukkan bahan kisar dalam periuk yang ada santan tadi . masukkan baki air rebusan ikan .

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula .

* masak hingga mendidih..dengan api sederhana .


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dalam laksam

Dihiris halus :

  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam :

Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit


Facebook : Cara Mudah Buat Laksam

6 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...