Resepi Ringkas Mee Jawa Kuah Pekat Lagi Sedap



Resepi Ringkas Mee Jawa Kuah Pekat Lagi Sedap | Selalunya , di hari raya ni , bila ada tetamu yang nak datang secara rombongan dah dah inform kepada tuan rumah terlebih dahulu , maka wajiblah tuan rumah masuk dapur , kelentang kelentung bersilat memasak juadah apa yang sesuai asalkan dapat gembiakan tetamu dan perut pun kenyang . Tak le menghadap kuih raya je yang kt mana-mana rumah pun dah umpa kan .

Resepi Ringkas Mee Jawa Kuah Pekat Lagi Sedap




Resepi Ringkas Mee Jawa Kuah Pekat Lagi Sedap


Kalau nak kuah mee rebus tu sedap tahap superb , korang kena rebus tulang lembu ( yang ada daging tu ) sampai lembut dagingnya dan kuahnya juga pekat . Selepas itu barulah korang sediakan bahan lain untuk sedapkan kuah mee jawa . 

Sup tulang lembu ni lambat lembut dagingnya . Jadi korang lebih baik gunakan periuk tekanan yang cuma ambil lebih kurang 45 minit untuk lembut dagingnya . Jom cuba Resepi Ringkas Mee Jawa Kuah Pekat Lagi Sedap di bawah ini .


Bahan-Bahan: 


1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng


Bahan Kuah: 


1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ]
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ] dikisar
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula


Caranya:


1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.



1 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...