Kecoh Nampak Hantu


Kecoh Nampak Hantu | Malam semalam , lebih kurang pukul 9 malam . Sis keluar bilik Dan join my kakak di ruang tamu . Terus je kecoh mulut my kakak bila nampak bomba di rumah jiran . Ada ular lagi ke? Man in the house yang cool hadap phonenya menyampuk . Ada sarang tabuan / lebah atas pokok katanya . WhatsApp jiran ler tu . Tak tau ler tabuan apa . Sebelum ini Ada juga lebah pada pokok pisang depan umah . Belum sempat ambil tindakan sudah menghilangkan diri ... Alhamdulillah .

Kecoh Nampak Hantu



Selesai sudah kisah gambar di atas . Tak ler MD Tanya nanti APA kaitan gambar di atas dengan cerita ... Heh heh heh . Entry tanpa gambar , tak syok lak rasanya . Sekarang , citer pasal tajuk pula .

Selasa petang , dah malam sebenarnya , hampir pukul 7.30 malam my kakak Dan anak buah pun sampailah rumah . Si abang pun masuk rumah . Tetiba dia kata belum baca ayat Kursi Dan keluar semula .

Selepas ITU my anak buah yang lain juga baca ayat kursi Sebelum masuk rumah . Tetiba hanani berkata :

" mak usu , mama nampak Hantu . "

My kakak yang baru masuk rumah terus je kecoh bercerita .

" aku diweruhi ( Dinampakkan - Hantu ) "

Alkisahnya , petang selasa ITU Dari pukul 4.30 hingga 7 malam , my kakak Dan rakan setugas tak dapat buka pintu bilik kebal kerana di sakat Hantu . Macam - macam ayat dia baca Tapi tak jalan . cuma satu ayat je dia tak baca sebab takut makhluk tu mengamuk pula . Polis pun tak dapat tolong !

Akhirnya , my kakak terpaksa panggil penjaga bilik kebal tersebut . Bila penjaga sampai , hanya dengan satu bacaan saja , mangga tiba-tiba terbuka . Maka my kakak Dan seorang lagi rakan setugas terus je masukkan semua barang .

Selepas selesai meletakkan barang ditempat sepatutnya , my kakak pun beritahu rakan setugasnya :

" kakak nampak kertas bergerak-gerak kat situ tadi . Kipas kan tak on . "

Selesai je my kakak cakap , terbang ler lembaga putih didepannya sebesar kepala manusia .

" nampak tak APA yang akak nampak ? "

Rakan setugas my kakak mengangguk kepala . Dalam keadaan terkejut tu , cepat-cepat ler kunci dan mangga pintu .

" jom lah kita tengok CCTV . tengok Kat mana dia duduk . "

Selesai je cakap , keluarlah kepulan-kepulan putih dari Tepi pintu ... Adeh !

" owh , banyak rupanya ko . "

Maka cepat-cepat ler tengok Kat CCTV . Nampak ler lembaga samar-samar transparent macam air hujan di tingkap kaca di satu sudut . Tingginya melebihi kabinet 4 tingkat di dalam bilik kebal yang lebih tinggi Dari my kakak .

Kemudian my kakak pergi ke surau ambil my anak buah yang sedang menunggu dengan pesanan :

" Sebelum masuk keta baca ayat kursi dulu " .

My kakak risau juga kalau makhluk tu ikut balik . pas tu suruh baca ayat kursi lagi Sebelum masuk umah .

My kakak sebenarnya bertugas mengambil kertas peperiksaan bahasa perancis di bilik kebal pada hari Isnin Dan Selasa . Pada hari Isnin boleh je buka kunci tanpa sebarang masalah . Tapi pada pagi selasa ITU, my kakak dah rasa tak sedap hati . Kaki pun terasa sejuk semacam Tapi boleh buka bilik kebal seperti biasa tapi tidak pada petangnya .

Alkisahnya , pada pagi Selasa tu ada pegawai masuk situ dan cakap besar tak ada hantu . Tak memasal sebelah petang tu my kakak yang kena sakat ... perghhh !

Nasib baik pada pagi rabu tu , selepas beri salam my kakak boleh buka kunci macam biasa tanpa sebaráng gangguan . Sebelum mulakan kerja, my kakak sampaikan pesanan penaja :

" aku nak buat kerja aku . aku tak kacau kau , kau jangan kacau aku ya . "

Alhamdulillah , tiada gangguan .

Sebelum ini memang Ada dengan citer bilik kebal itu berhantu dan Ada juga pesanan dari orang atasan supaya memberi salam Sebelum buka kunci . Tiada gangguan setakat itu sehinggalah petang selasa lepas .

Tu lah . petang isnin tu senyum- senyum my sis beritahu tak de gangguan . Tak memasal petang selasa kena sakat ya ... Heh heh heh ...

Dan Sekarang INI my kakak demam teruk sampai cirit birit . demam ni dah bermula semalam sebenarnya . doktor kata esok cuti ...


6 Sila komen:

  1. Di mana2 sekolah memang selalu berlaku macm2 gangguan makhluk ni...perlu beranikan hati hadapinya pengalaman gitu xramai yg laluinya kalau xkuat semangat ..moga kak QV segera pulih

    ReplyDelete
  2. seramnyaaaa... ermm dh kerja bertabah kakak sis tu

    ReplyDelete
  3. adoii..seram klo kna gini..klo lya lemah smngat..mmg xde berani nk tgk smula.. agknya trs nk blik..

    ReplyDelete
  4. Aduhai, kalau saya dah minta MC dah kat bomoh Siam! Hahaha!

    Awat dia nak bertapa dalam bilik kebal! Tak bestlah cakap kat hantu tu. Berkeliaran kat luarkan better, jauh sikit pandangan!

    Eh, kalau siang-siang kena kacau hantu dah naik bulu roma, kalau malam-malam macamlah gamaknya ya, Vee!

    Saya ni kalau baca cerita hantu boleh gelak tapi kalau saya sendiri yang kena 'jumpa', memang saya plan nak pitam siap-siap ler! Kalau hantu tu ada sixth sense, memang pitam betullah saya dibuatnya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...