Resepi Ayam Masak Butter Milk Yang Lemak Berkrim | Entry ringkas hari ini adalah perkongsian resepi . Korang nak masak apa esok , tak yang pening kepala . Kan anak-anak korang memang suka ayam . Jom cuba masak resepi ayam Masak BUTTER MILK CHICKEN sedap lemak berkrim di sukai ramai di hujung minggu . Kalau anak buah sis , apa saja jenis masakan ayam , memang licin ! ... heh heh heh .
Bahan-bahan ayam butter milk :
1. Ayam bahagian dada / isi (di potong kecil)
2. Tepung goreng ayam
3. Butter
4. Susu cair
5. Bawang putih( cincang)
6. Daun kari
7. Cili padi (kalau suka pedas)
8. Tepung jagung di bancuh dengan air (untuk pekatkan kuah)
9. Garam secukup rasa
Cara-cara membuat ayam butter milk :
1. Perap ayam dalam tepung goreng segera
2. Gorengkan ayam dan tos
3. Dalam kuali lain cairkan butter
4. Tumiskan daun kari sampai naik bau
5. Masukkan bawang putih & cili padi sampai naik bau
6. Tuangkan susu cair setengah tin
7. Masukkan sedikit air kacau sebati
8. Tuangkan bancuhan tepung jagung (agak-agak nak pekat mana)
9. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul sebati
10. Masukkan garam secukup rasa
Facebook : Dunia Masakan
MUDAH DAN SEDAP TU
ReplyDeleteTengok gambar dh tau sedap.
ReplyDeleteDi rumah saya memang hari-hari ada menu ayam sampaikan banyak kali tak tahu apa lagi menu yang boleh dicuba.
ReplyDeleteSaya nak save yang ini manalah tahu boleh buat dan jadi kesukaan anak-anak!