Resepi Mudah Ayam Panggang Rosemary


Resepi Mudah Ayam Panggang Rosemary | Bulan depan adalah Raya Haji . Baru habis raya puasa dah fikir raya haji lak ya ... heheheee . Bukannya apa , pada sesiapa yang berhajat nak buat korban , inilah masa yang sesuai nak cari lembu kan . Maklumlah , lembu ni selalunya laku macam goreng pisang panas bila nak raya haji .

Resepi Mudah Ayam Panggang Rosemary


Apa kaitan raya haji denagn resepi lak ni . Owh , senang je . Bila dah sebut raya haji , nanti korang boleh la cuba Resepi Mudah Ayam Panggang Rosemary untuk hidangan saya haju nanti . Kalau nak tunggu daging korban , tengahari / petang raya haji baru dapat masak kan .

Bahan-bahannya:


● 1 ekor ayam
● 5-6 ulas bawang putih
● 1 sudu besar daun rosemary kering
● 1 inci halia
● 1 sudu besar lada hitam
● 1 sudu makan jintan kasar
● 2-3 sudu besar gula perang
● 2 sudu kecil garam
● sedikit perasa / kiub / serbuk pati ayam
● 2 sudu besar jus lemon
● 3 sudu besar minyak zaitun
● 5 biji kentang
● 2 biji tomato
● 6 biji baby carot
● sedikit mentega - untuk sapu atas ayam

Cara-caranya:


1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Selamat mencuba.... 



2 Sila komen:

  1. sedapnyaaaaaa.. dh lama trngin nk buat

    ReplyDelete
  2. Yang ni memang jadi favorite saya. Sedapnya tak terkata. Dah buat nak buat lagi!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...