Virus Ke Ujian | Sudah seminggu my anak buah bersilih ganti ponteng sekolah / cuti mengejut sebab tak sihat . My kakak pun sama tapi tetap kerja . Cuma sis Dan man in the house je sihat ... Alhamdulillah .
Kisah Bermula dengan si abang yang mengadu sakit perut pada petang ahad lepas . Kami ingatkan sekadar sakit perut biasa saja memandangkan dia aktif dan happy memanjang . Hari isnin dia tak sekolah . Hari tu baru nampak dia tak bermaya .
Kemudian , pagi rabu lak si baby ainul muntah- muntah dan cirit birit memanjang . Pastu nabila Dan 2 kakaknya menyusul .
Akhirnya , hari jumaat semua ponteng . tapi mamanya tak boleh nak ponteng walaupun memerut Dan muntah juga . paling kesian, qistina sebab demam sekali . Sampaikan my kakak nak bawak satu family gi sepital tapi dia sendiri tak larat nak gerak .
Dua malam nasi dan lauk pauk tak diusik . cuma man in the house je yang makan walaupun lauknya cuma ayam goreng dan sup ayam je.
Makanya my kakak meredah malam mencari makanan yang my anak buah berselera nak makan .
Akhirnya mereka cuma makan buah dengan fun fries dan nugget saja .
Jadinya , hari sabtu sis masak ler bubur nasi ayam . Manalah tahu mereka berselera nak makan . Tetiba my kakak berkata :
" ko masak bubur ayam ? Aku bau pun dah mual tekak ni . Dah macam orang mabuk mengandung ! "
Sudahnya bubur pun tak disentuh . Tapi kek birthday si qistina yang mak usunya buat, laju lak mereka makan . Tetiba rasa pelik lak . orang sakit ada citarasa ek ... Heh heh heh ...
Hari ini my kakak masih lagi memerut . Di sebalik kisah ini sebenarnya , petang jumaat minggu lepas , mereka sekeluarga pergi ke Perak . Mungkin di sana mereka dapat jangkitan . Buktinya , sis tak ikut ke Perak , jadi sis tak kena macam mereka ... Alhamdulillah .
Jadinya, anggaplah kejadian itu sebagai virus yang datang sebagai ujian ...
Oh kesiannya ....mungkin keracunan makanan agaknya...moga semuanya cepat sembuh.
ReplyDeletesemoga semuanya sihat semula.. aminnn
ReplyDelete
ReplyDeleteKena cepat2 buat rawatan.
Mudah2an mereka cepat sembuh.
nice sharing
ReplyDeleteTak pe sis..Dorang tak makan bubur, meh Reen tolong makan kan.. Sedap tu!
ReplyDeletesemoga kakak qv n anak2nya sudah pulih dari sakit jangkitan virus tu
ReplyDeleteKalau dah satu keluarga kena, memang adalah tu silap makan di mana-mana. Nasib baiklah Mak Usu masih okey lagi.
ReplyDelete