Resepi Mudah Pizza Telur Berlauk


Resepi Mudah Pizza Telur Berlauk | Hari ini terpaksa kongsikan kepada korang resepi ekspress
Resepi Mudah Pizza Telur Berlauk yang sis dapat dari facebook . Korang boleh cuba sebab senang dan cepat . Sangat sesuai dimasak bila penat , nak cepat dan malas . Anak-anak korang tentu suka . Makan dengan nasi memang sedap !

Resepi Mudah Pizza Telur Berlauk


Tanpa buang masa , berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara membuat Resepi Mudah Pizza Telur Berlauk untuk korang jadikan panduan .

Bahan-bahan:



2 Biji Telur
½ hotdog [potong bulat2 nipis2]
Ayam - potong kecik2 gaul dengan black pepper+garam [goreng xde minyak/minyak 3titik siap2]
Sebiji tomato cherry [potong dadu]
½ keping cheese potong dadu


Cara-cara:


1- Pukul telur sampai kembang, then tuang dalam non-stick frying pan[xyah minyak] / kuali [minyak sesudu]


2- Kira sampai 10 atau lapisan bawah telur dah masak sikit [atas masih mentah], TUTUP API.


3- Tabur semua bahan2 hotdog/ayam/tomato dan last sekali cheese…kemudian hidupkan api [kecik jek]


4- Masak sehingga bahagian atas kering [telur dah masak] JANGAN DITERBALIKAN nanti cheese cair susah .


5- Lipat dua dan hidangkan.




Facebook : Buku Resepi Cik Bunga April



4 Sila komen:

  1. Ringkas dan berkhasiat.
    Kalau malas sangat, goreng telur mata kerbau aje.

    ReplyDelete
  2. Bujang kalu malas... simpan sampai besok... he he he...

    ReplyDelete
  3. Oh, sedapnya! Tak pernah pula buat resepi semudah ni. Kena try juga gamaknya walaupun yang makan telur cuma saya dan HD aje. Anak-anak depa memang aljakuni sikit. Telur pun tak nak makan.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...