Buat Sendiri Di Rumah : Rawat Sakit Lutut Cara Tradisional | Kaki sangat penting bukan sahaja kepada manusia malah juga binatang . Itu budak tadika pun tahu kan . Kalau kaki sakit , terutama lutut , memang susah lah kita nak buat aktiviti semasa . Pilihan yang ada , guna kerusi roda . Itupun masih banak juga halangannya .
Beberapa tahun lepas , sis ada melawat seorang makcik yang baru melakukan pembedahan lutut . Usianya ketika itu baru 50 tahun . Melihat dia berjalan menggunakan tongkat , melihat wajahnya yang berkerut , sis sudah dapat merasakan kesakitan yang dialaminya .
Jadinya , di sini sis nak kongsikan bersama korang yang ada alam sakit lutut . Sebenarnya ada formula mudah Rawat Sakit Lutut Cara Tradisional yang korang boleh buat sendiri di rumah . Mungkin ianya dapat membantu korang .
Bahan-bahannya :
- 2 biji epal hijau yang dipotong-potong
- 4 batang serai
- air
Cara menyediakannya :
1- Sediakan periuk di atas dapur gas .
2- Masukkan epal dan serai
3- Masukkan air kadar epal dan serai itu tenggelam .
4- Masak sampai epal jadi lembut
5- Minum airnya setiap hari untuk kesan yang lebih cepat .
In sha Allah , lutut tak sakit lagi tanpa injection ataupun pills .
air serai mesti nyaman
ReplyDeleteTips yang mudah dan dah tentunya sedap ....boleh share kat kawan2 akak ni.
ReplyDeletesaya tak pernahlah cuba tapi jiran sebelah umah ada buat.
ReplyDeletedia kata mustajab ^_^
mudah sgt...
ReplyDeleteblh la cuba jgk nnti
Oh, alahai! Senang betul. Lepas tu epal tu bolehlah makan jugakan, Vee?
ReplyDeleteSaya pun adakalanya kena juga sakit lutut ni dek penangan epidural kot, segala sendi jadi lemah!
Kenaa bg resepi ni dekat abah ni....dah lama dah abah sakit lutut
ReplyDelete