Resepi Mudah Apam Cheese Sukatan Cawan | Ramai antara kita terutama anak-anak sangat sukakan cheese . Makan sandwich bubuh cheese , makan kek cheese , maan pizza sebab ada banyak cheese dan banyak lagi . Antara semua itu , sis lebih suka makan kek keju sebab rasanya manis . Kalau yang lain tu , makan sikit oklah api kalau dah banyak , jadi loya lak tekak ... huhuhuuu .
Buka facebook semalam , ternampak apam cheese kat atas ni . Jadinya , sis simpan dulu dalam blog . Lagi mudah . Boleh kongsi dengan korang yang cari resepi ni . Lagipun tuannya galakkan untuk share .
Oklah , kita tengok je apa bahan dan cara membuat apam cheese di bawah ni .
Bahan-bahan :
2 biji telur gred A atau B1 cawan gula
1 sudu kecil ovelete
1 cawan susu cair
2 keping cheddar cheese
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu kecil esen vanilla
*masak susu cair dan cheddar chese dengan api sederhana hingga cheese larut.ketepikan
Cara:
1- Pukul gula, telur , ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.2- Masukan susu cair yg dimasak bersama cheese tadi.
3- baru masukan tepung.ayak tepung dulu yer.gaul rata.
4- Boleh masukan dalam cup. saya guna sudu jer.
5- kukus api sederhana 8-9 minit.. pstikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..
Facebook : Eiyjarn Aziean AnGah
Bahan dan cara membuat apam cheese ni hampir serupa dengan kek keju jepun . Tak ada guna yis langsung . Macam buat kuih puteri ayu pun ya juga nih . Kalau guna yis apa jadi ye . Ermmm ... dah mula ler otak saya menggatal nak derhaka pada resepi . Kalau jadi sis tayang . Kalau tak jadi , sis diam je ... hahahaaa ...
Tgk gambaqqqqq mcm sedap aje tauuuu
ReplyDelete