RESEPI ROTI NAN CHESE | Korang pernah tak buat roti nan . Roti nan ni roti orang India kot . Tapi kalau tengok pada kegebuan tu , lebih kurang sama dengan apam yang selalu arwah bonda sis buat untuk berbuka puasa di bulan ramadhan . Selalunya apam tu dimakan bersama sambal kacang . Memang sedap !
RESEPI ROTI NAN CHESE
Kalau temgok pada gambar roti nan cheese di atas , rasanya macam mudah je nak buat . Bila tengok resepi , lagilah mudah . Tapi yang susahnya tu rajin dan malas je kan ... meh meh meh . Jom lah kita tengok apa bahan dan cara membuatnya . Kot-kot korang ada yang nak cuba .
Bahan-bahan yang diperlukan.
- 1 kilo tepung gndum
- ½ cawan planta
- ½ cawan gula
- 2½ cawan air
- 1 sudu besar mauripan
- Cheese keping
Cara-cara:-
1. Masukan gula dalam air kacau..
2. Masukan tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati...
3. Tuang air + gula ke dalam tepung sikit-sikit dan uli sampai tepung tak melekat tapi jangan keras doh tu.
4. Tutup doh dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.
5. Bila bancuhan dah naik tumbuk-tumbukkan tepung tu , kemudian uli .
6. Ambil sedikit doh , bulatkan .
7. Masukkan chese ke dalam tepung dan canaikan hingga jadi leper.
8. Biar dalam 15 minit
9. Masak atas kuali pan dengan api perlahan. tutup kuali dengan penutup
10. Bila dah nampak masak, sapukan majerin di atasnya . Balikkan . Bila dah berwarna perang , angkat .
11. Potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje ....

FB : Kamariah Maria
buat sendiri memang best..boleh letak cheese banyak..hehee..tapi kita tak dan nak buat
ReplyDeletemeleleh cheesenya..sedap ni..
ReplyDelete