Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit Kelantan Style | Pada ketika ini tentunya ramai antara korang yang sudah pulang ke kampung atau mungkin juga masih dalam perjalanan . Maklumlah Raya Haji akan disambut pada hari Isnin nanti apatah lagi ketika dalam cuti persekolahan . Semoga perjalanan korang dipermudahkan dan sampai ke destinasi dengan selamat .
Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style
Kepada korang yang akan menerima daging korban di kampung nanti , korang tak yah pening kepala nak masak apa ya . Ni sis dah sediakan satu menu mudah dan senang untuk disediakan iaitu Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit Kelantan Style.
Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah - hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam
Cara Membuatnya :
1- Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
2- Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
3- Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
4- Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api.
5- Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
6- Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong.
7- Biar sehingga layu dan siap!
Asslmkm sis.. Mudahnya resepi. Blh try ni..
ReplyDeletefavourite ni - selalu gak beli ayam/daging goreng kunyit mcm ni utk lunch..mkn dgn sambal yg super pedas..
ReplyDeleteini memang sedap sangat..irda selalu buat sotong or ayam je,belum pernah cuba daging,tp memang sedap.nanti irda share untuk sotong pula ya..:)
ReplyDeleteooo jadi yg dok selalu masak tu kelantan style la ngupenyer
ReplyDeletewah wah wahhhhhh