Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha | Pada hari INI sudah tentu ramai antara korang sudah bersama keluarga di kampung halaman . Kepada yang mahu melakukan ibadah korban , tentu berdebar menunggu penyembelihan dilakukan . Pastikan lembu tu ditambat kuat ya . Kang tak memasal kena kejar lembu untuk korban lak ... Heh heh heh .



APA agaknya hidangan korang di pagi raya ya . Kalau sis selalunya sama sahaja dengan raya puasa . Oleh kerana kami tak balik kampung , jadi kami buat nasi hempet saja di sini.

Gambar atas tu , itulah hidangan kami di pagi raya untuk 8 orang .
Untuk masuk kamera , haruslah comel je tapi memasaknya memang satu kuali besar Dan periuk besar juga . Maklumlah kanak-kanak ribena sedang membesar kan ... Meh meh meh .

Sebenarnya, selain daripada biskut tu , sis buat kek juga cuma masa tangkap gambar tu , kek belum diproses lagi .

Tetiba rasa lagi best Kalau tangkap gambar satu persatu macam blog warisan petani tu kan . OK lah , in sha Allah next time ...

Secara jujurnya sis lebih suka raya haji berbanding raya puasa . sebabnya cuma satu . raya haji takbir berlangsung selamat 4 hari . kebetulan masa biras sis bertandang , takbir raya pun berkumandang . pergh ... Perasaan masa tu kan dah macam raya puasa ...

2 Sila komen:

  1. wow..yg kuning tu masak.lodeh ye sis..samalah menu kita..mak mertua wat masak lodeh n nasi impit gak..;)

    ReplyDelete
  2. Semoga kita akan bertemu Aidiladha yang seterusnya.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...