Cara Mudah Buat Kek Pisang Sukatan Cawan


Cara Mudah Buat Kek Pisang Sukatan Cawan | Kalau korang dah biasa buat kek , korang tau apa perkara asas yang korang perlu buat . Sudah tentulah telor mesti kembang dan gebus . Itulah kuncinya kek korang jadi naik cantik dan teksturnya lembut . Itu tips yang sis dapat bagi sebagai seorang yang suka buat kek di dapur sendiri tanpa pergi mana-mana kelas pun . Dengan lain ayat , bukan profesional ya ... heh heh heh .


Cara Mudah Buat Kek Pisang Sukatan Cawan




KEK PISANG SENANG SANGAT



Berikut adalah cara-cara mudah nak buat kek pisang . Kalau dok kampung ni , selalunya pisang boleh ambil kat belakang atau tepi rumah je . Nak goreng memanjang , jemu juga . Nak buat lepat , tak ramai orang rajin nak membungkus satu persatu kan . Moh le kita buat je kek pisang .

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cwn tepung 
  • 1 sk sodium bikarbonat
  • 1 sk baking powder.
  • 1 cwn pisang
  • 1 cwn minyak
  • 1 bijik telor
  • 1 cwn gula halus


CARA - CARA


1- Kacau telor dan gula sampai kembang.
2- masukkan minyak dengan pisang yang dah dihancurkan ( guna tangan pun boleh ).
3- masukkan tepung
4- gaul sehingga sebati
5- kukus selama 45minit..

by : zlaila hashim


2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...