Cara Mudah Bersihkan Buah Pinggang Guna Herba

Cara Mudah Bersihkan Buah Pinggang Guna Herba | Alhamdulillah , setakat INI buah Pinggang sis masih berfungsi dengan baik . Semoga ianya berterusan . Di sini sis nak kongsi kan dengan pembaca yang menghidap sakit buah Pinggang dan terpaksa menjalani hemodelisis ... Erk , klu salah mohon jangan gelak ... Selain merawat guna Cara Moden , boleh juga ikhtiar Cara traditional menggunakan herba .

Cara Mudah Bersihkan Buah Pinggang Guna Herba


CARA BERSIHKAN BUAH PINGGANG


Bertahun-tahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??

Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit parsli dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.

Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Anda juga akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.

Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Tahukah anda apa itu Daun Parsli?

Daun Parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup AKA "Daun Sup".

*P/S kalau nak senang buat sup hari-hari taruk daun parsley banyak-banyak

0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...