Petua Melebatkan Rambut | Korang kepala botak ? Kepala botak ni banyak sebab antaranya kerana banyak berfikir dan sebab yang paling kuat adalah keturunan . Arwah abah dan bonda tak ada masalah botak tapi my abang dua orang memang ada . Atas kepala tak ada rambut . Kami istilahkan " Padang golf " ... Heheheee ...
PETUA MELEBATKAN RAMBUT
Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
1. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua.
2. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan.
3. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
4. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut.
5. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam.
6. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.
Selamat Mencuba
More: PETUA Orang Kampung
Petua Melebatkan Rambut
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Dh terlambat bagi yang dh ada padang golf.
ReplyDeleteYang lain bolehlah mencubanya.
dah tua ni menjadi ke kalo buat?? haha
ReplyDelete