Jus Mudah Hilangkan Batuk Berlarutan Buat Sendiri Di Rumah



Petua Mudah Hilangkan Batuk Berlarutan Buat Sendiri Di Rumah | Batuk adalah tindak balas semula jadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran nafas jika terdapat gangguan dari luar. Tindak balas ini berfungsi membersihkan lendir atau faktor penyebab iritasi atau bahan iritan (seperti debu atau asap) agar keluar dari paru-paru . Batuk jarang menjadi penyakit serius dan umumnya akan sembuh dalam waktu tiga minggu, sehingga tidak memerlukan rawatan . Keefektifan ubat batuk juga belum terbukti sepenuhnya. Ramuan buatan sendiri seperti air madu dan lemon bisa membantu meringankan batuk ringan.

Jus Mudah Hilangkan Batuk Berlarutan Buat Sendiri Di Rumah


Jenis-jenis batuk meliputi batuk kering dan berkahak.
Tanda-tanda awal batuk kering biasanya adalah rasa gatal di krongkong yang memaksa batuk. Batuk tanpa kahak ini biasa terjadi pada tahap akhir selsema atau ketika alah pada habuk dan sebagainya.
Pada kes yang berkahak, batuk sangat membantu sebab berfungsi mengeluarkan kahak. Kahak tersebut selalunya berasal dari kerongkong, sinus serta paru-paru.
Kalau sekadar batuk-batuk manja tu , makan gula-gula herba pun dah ok . Ramuan buatan sendiri seperti air madu dan lemon bisa membantu meringankan batuk ringan.

Tapi kalau batuk yang tahap tekak rasa perit dan kering , itu memang seksa . Batuk jenis ni , selalunya sis telan je asam jawa . In sha Allah cepat baik . Tapi tak ramai orang boleh telan asam jawa yang maha masam tu kan !

Ok , Ni sis nak share petua dari pakar uba-ubat China dan Taiwan. Katanya sangat berkesan dan mudah pula nak sediakan .

Jus ni untuk menggurangkan batuk yang berlarutan ( persistence cough ) . Jus ni sangat sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.

Jus Mudah Hilangkan Batuk Berlarutan Buat Sendiri Di Rumah

Cara nak membuat Jus Mudah Hilangkan Batuk Berlarutan Buat Sendiri Di Rumah ni mudah je :

1- Potong oren pada bahagian atas dan bawah. Seperti gambar di atas.

2- Tambah secubit garam pada bahagian atas dan sapu rata .
* Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.

3- Kukus selama 2 jam. ( masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tak banyaklah ) .

4- Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit ( getir - rasa kulit limau ) yaa..
* Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Selamat mencuba ...


1 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...