Bertemu Kembali


Bertemu Kembali | Selepas beberapa bulan menyepi , alhamdulillah hari ini dapat bertemu kembali . Bermesra dengan korang dengan rasminya . Bulan Januari ada juga ke udara tapi suam-suam kuku . Ntah kenapa , sejak beberapa bulan lepas , asyik dok malas je nak menghadap lappy lebih suka layan phone walaupun mata tak berapa nak terang tengok dekat-dekat ni . Malam lak , bila dah usai solat isyak tu , mata asyik berat je . Selalu benor terjun tiruk awal ... huhuhuuu .

Bertemu Kembali




Owh , sebenarnya pada bulan oktober tahun lepas , bermula dengan masalah broadband , pastu terminate , pastu dok usha nak ganti dengan telco apa , lappy lak meragam . Tetiba putih terus skrin tu . Bila tanya mr.google , white screen death katanya . Kalau hantar kedai mau habis 400+ untuk repair . Jadinya sis bekerja sama dengan my kakak cuba dulu cari penyelesaian berbantukan mr. google dan juga you tube . Laju gila you tube ajar ... huhuhuuu . Alhamdulillah , masalah settle hanya dalam masa lebih kurang 4 jam . Tapi dah jejak lebih 1 pagi . Mencabar juga lah sebab kena isi command prompt juga . Dah tu kena lak cari cara nak disable user password . Ada dua tau ! Hasilnya , lappy sis macam baru keluar dari kilang lah . Semua file dan gambar habis . Kosong macam kita baru beli . 

Bila masalah lappy dah settle , adapter lak kong ... alahai . Dah rasa macam sudah jatuh ditimpa tangga je . Tapi simple je masalah tu kan . Pastu baru usha broadband baru . Sis pilih mr. U . Memang laju dan full discoverage . Kalau balik kampung , tak taulah laju ke idak . Tapi my anak buah yang guna nombor mr U untuk phonenya , katanya di kampung ok je loadingnya .

Dalam pada dah settle semua tu , banyak juga sis dah habis ... heh heh heh . Alhamdulillah . Ada lak masuk rezeki dari part lain . Korang nampak kan imej-imej kat tepi tu . Sis buat sales tu le . Alhamdulillah , dapatlah belanja my anak buah makan ke apa ke . Layan je lah mereka tu ... manja sakan ! 

Hah ! korang kalau berkenan dengan produk sis tu , janganlah segan-segan whatsapp sis ya . Nak raya nanti akan ada sales gila-gila punya . Kelebihan instant shawl sis tu , labuh depan belakang . Tutup perut dan punggung . Inner lak jahit sekali dengan tudung . Pastu , sarung dua kali je dah siap pakai . Yang penting , design tu tak leh dapat kat tempat lain !

Ubat kencing manis lak , alhamdulillah ramai dah yang repeat order , Bukan sekadar bacaan gula turun , malah luka gengrene pun kecut dan kering . Sapa yang suntik insulin tu , dah tak payah suntik lagi dah . Ada juga customer sis yang dah tak pantang makan . Semua dia lantak makan .

Bab bengkung tu lak , ni sales yang paling banyak permintaan . Tak caya pi tanya blogger akma ... heh heh heh . Orang brunei siap beli banyak-banyak lagi . Ada juga atlet beli untuk buat bodypad . customer suka pakai sebab senang nak buka dan pasang terutama bila masuk tandas . Buat duduk pun ok je . Tak bergulung . Sis pun pakai juga nak kempiskan perut ... heh heh heh .

Perghhh ... siap buat promo lagi kan ... sila jangan muntah hijau . Maklumlah , lama dah tak berisaran . Kalau boleh semua yang ada dalam otak ni sis nak muntahkan semua ... heheheheee ...

Okey ... jumpa lagi next entry ... 
Nanti sis pi jenguk rumah korang . Dah berhutang banyak tu ... huhuhuuu



6 Sila komen:

  1. ASSALAM QV..WAH DH SELESAI SEMUA MASALAHNYA YA..BAGUSLAH SLMT KMBALI BLOGGING DGN HAPPY

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dah settle masalah..business semakin kencang..tahniah2..

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah lama menyepi, baru ni nak mula balik..

    ReplyDelete
  4. Bizi berbisness ye Vee? Patutlah tak dengar berita ....

    Moga terus suksess Vee. Rezeki tu kan Allah yg bagi. Kita rajin maka banyaklah masyuk hihi

    ReplyDelete
  5. Mudah2an dipermudahkan segala urusan yang diceburi dan murah rezekinya.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...