Tips Kecantikan Wanita Luar Negara


ASSALAMUALAIKUM ...

Kecantikan sudah tentu sinonim dengan wanita .
Ibarat isi dan kuku ,
kecantikan menjadikan wanita rasa yakin
bila berhadapan dengan masyarakat umum .
Selebihnya , 
kecantikan itu menjadikan wanita rasa hebat .

Tips Kecantikan Wanita Luar Negara



Tips Kecantikan Wanita Luar Negara



Wanita zaman dahulu , 
walau dari mana asalnya ,
mereka punca cara tradisi menjaga kecantikan 
yang tersendiri untuk menjaga kehalusan kulit .

Tradisi turun temurun itu 
telah menghasilkan kecantikan semulajadi
seperti Cleopatra , contohnya .
Berikut adalah 
tips menjaga kecantikan wanita luar negara :

WANITA AFRIKA 


Wanita Afrika menjaga kecantikan
menggunakan mentega Shea untuk kekalkan lembapan kulit
Nape yer coz kat negara mereka kan cuaca panas terik , 
so kenalah elakkan kulit kering . 
Mentega ni kaya dengan kandungan asid lemak yang dapat memperbaiki struktur kulit . 
Untuk hilangkan kulit kusam, 
mereka guna la tanah liat putih ( Koalin ) .


WANITA MEDITERRANEAN 


Cara Wanita Mediterranean pula
suka guna bahan semula jadi macam 
minyak zaitun , lemon ,  madu lavender 
yang leh menenangkan jiwa
Madu banyak digunakan di selatan Perancis 
untuk kekalkan kulit yang lembut lagi bersih
Biji anggur  yang selalu kita buang bila makan tu lak di guna untuk kawal tanda penuaan dan singkirkan radikal bebas .


WANITA JEPUN 


Wanita Jepun menjaga kecantikan dengan
Tepung beras  campuran + susu menjadi asas bagi 
kembalikan wajah yang halus dan segar dan berseri
Ala macam yang ada dalam SK-ll tu kann . 
Untuk kulit kembali segar , 
teh hijau menjadi minuman harian
Kandungan anti -  oksida yang tinggi 
dapat kuar kan toksin dalam badan
Mereka juga guna teh hijau untuk segarkan mata

WANITA ITALI  


Wanita Itali menjaga kecantikan hanya guna ramuan dari dapur terutama untuk 
rambut yang bersinar dan lembut
Yogurt + minyak zaitun dijadikan perapi
Rasanya korang rajin tak nak wat sendiri ??? 
Heheheheee


WANITA ASIA BARAT 


Sejak 5000 tahun dulu 
wanita Asia Barat menjaga kecantikan
menggunakan inai untuk kekalkan rambut yang sihat
Kandungan bahan dikatakan dapat 
menguatkan kelenjar sebum dan kilt kepala . 
Garam laut mati lak dapat hilangkan tekanan pada otot badan
Den tak tau la ni , garam ni untuk minum ke sapu yer ....emmm



WANITA CHINA



Wanita China menjaga kecantikan menggunakan
teh hijau , teh putih  yang dikatakan
 dapat kekalkan kesihatan 
dan sistem imunisasi yang bersih
Selain tu dapat gak bantu tubuh 
singkirkan radikal bebas yang leh sebabkan kurang cantik . 
Rumpai laut yang mengandungi serat , vitamin A , Vitamin C , 
dan mineral anti-oksida dijadikan diet mereka . 
Rumpai laut bertindak perangkap kotoran dalam sistem pencernaan dan serap garam berlebihan

Sekejap dulu di Malaysia juga popular dengan rumpai laut . 
Kandungan klorofil dan vitamin 
dalam rumpai laut dikatakan dapat tingkatkan kolagen , 
so kulit lebih anjal dan berseri la .

Masker mereka sonang jo ... 
betik + yogurt + garam mineral = kulit lembut dan licin . 
Untuk rambut yang lurus dan kuat lak , guna minyak kacang camelia

Hasil Yang Memuaskan


Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan , 
korang kena rajin amalkan .
Kalau takat hangat - hangat tahi ayam ,
letak produk mahal mana pun ,
tak akan ada kesan ...









4 Sila komen:

  1. Rasanya kawan saya haritu ada jual rumpai laut dekat selatan Malaysia.. tapi tulah dia dapat kawan yang tak reti nak jaga kecantikan.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Good sharing Vee..
    Jaga kecantik secara semulajadi..

    ReplyDelete
  3. SK-II mahal benor...

    guna produk semulajadi - 3 in 1: masakan, kecantikan n perubatan..

    ReplyDelete
  4. betull....dulu popular tul rumpai laut...JM beli stok byk...sampai skrg x habis lagi...tinggi kandunga kolagen katanya

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...