Alahai ... Macam - macam


Assalamualaikum ...

Aktiviti biasa di hari cuti .
Dok terperap kat bilik sampailah perut keroncong .
tapi kali ini keluar bilik bukan nak breakfast .
Keluar bilik nak cari ais untuk tepek kat muka .

Dalam dok minum sambil mengoles ais di muka ,
terpandang my anak buah dengan segala bahan kek di depan tv .
mak usunya memandang tanpa perasaan .

Tengahari , teringat sambal belacan my kakak yang masin benor .
Maka masuk dapur konon nak modified .
Terpandang bahan kek ada di atas kabinet .
... erkkk , tak jadi bat kek ke budak ni ?

Siap je modified sambal belacan , letak atas meja .
Tanya kat anak buah :

" sape yang nak buat kek ? "

semua diam membisu macam tak dengar je ,
termasuklah my kakak .

--------------------------------------------------

Tetiba tekak rasa hauslah pula .
keluar bilik , ambil air dan minum di meja makan .
pastu tuju my kakak kat sofa sebab den nak tanya sesuatu .
tetiba hanani cakap :

" mak usu , semua orang demam

" najwa , qistina , ainul , mama pun sama . "

Terkejut sekejap .
sebelum ni si hanani demam .
selepas cuti 4 hari tu ,
dia sekolah pada hari rabu dan jumaat sahaja .

" jauh lah kau virus dariku . "
den larikan diri weyyyy ...

semalam my kakak risaukan si nabila dan aqif 
yang sedang bercamping di janda baik sebab nabila demam .

nampaknya virus dah mula merebak ke satu rumah ni .
maka den pergi dapur , masak air bersama halia .
ak buat teh halia campur limau untuk orang demam !

--------------------------------------------------------

dalam pukul 3.30 petang , 
mendaki tangga cari my kakak .
dia nak pi ambik nabila dan aqif blik dari camping .
jadi , den nak kirim susu cair dan ayam .
sebab esok birthday hanani .

tetiba perut rasa lapar .
belum lunch kisahnya walaupun dah jejak petang ,
pergi ke dapur nak ambil sudu .
tetiba hanani ada kat sebelah sambul cakap :

" mak usu tak buat kek ke ? "

" nape nak buat kek lak ? "

hanani terus je mendaki tangga ,
masuk bilik dan tutup pintu .
den pun selamba je pi meja makan dan terus soru .
tetiba otak pun berfikir ...
... birthday hanani ni hari esok ke hari ni ?
mama 11 hb , aqif pun 11 hb ...
... bhahahaaa 
... birthday hanani 10hb !
ya , hari ini beb ... 
perghhh dah merajuk budak tu !
sambil den jeling benda ni kat sebelah den ...

Alahai ... Macam - macam
my anak buah saja letk atas meja biar mak usunya nampak !

birthday yang lain sebelum ni , 
bukan main lagi mak usunya buat itu dan ini .
bila birthday dia , mak usunya selamba je .
punyalah banyak hint dia bagi ...
.... wakakakaaaa
nape lah my kakak tak khabaq no ...

-------------------------------------------------------------------

dengar kecoh budak goncang grill.
nabila dan aqif dah balik dari camping .

" sape nampak hantu ? "

" ada seorang budak nampak malam tadi .  
bagi tau kat cikgu .cikgu terus ambik dia . "

" mak usu dah agak dah , hutan tu kan memang tempat dia .
nasib baik seorang je yang nampak . "

" cikgu bagi penutup mata suruh semua orang tido . 
tak ada yang bukak pun . "

haruslah tak ada yang berani bukak kan 
kalau tetiba segedabak depan mata camno ?

nabila dan aqif terus je landing kepenatan .
mak usunya nak korek citer pun tak dapat .

sebenarnya dah kecoh dah kat group camping 
bila cikgunya up status pasal hantu ni .
my kakak tahu sebab baca kat situ le ...

group tu update semua aktiviti camping mereka .
jadinya mak bapak tak lah bimbang sangat kan . 

--------------------------------------------------------

tulah kisah dalam satu hari ini .
tak sangka lak macam - macam terjadi ... 
ni den tengah rush siapkan entry selaju mungkin
sementara tunggu my kakak balik dari berbelanja .
nak bagi itu budak merajuk surprise ...
sekarang dah 6.30 petang .
mudah- mudahan sempat buat lah .

selamat berujung minggu ...





4 Sila komen:

  1. happy birthday hanani...rajin makusunya buat kek...di janda baik kisah ternmpk makhluk halus ni mmg biasa sbb kwsannya berhutan n pertempatan kampung2 lama

    ReplyDelete
  2. mak aih, macam-macam kisah..kesiannya hanani..hehe.harap semua yang demam akan sembuh dan tak berjangkit kat mak usu

    ReplyDelete
  3. Jangan tersampuk sudah.. Kadang2 cikgu yg buat camp maybe dah prepare apa yg patut uk kes2 mcm ni, cuma kita takut tempat yg dipilih tu memang keras tak boleh nak buat apa; itu yg jadi susah tu tak kiralah macam mana baiknya preparation dibuat.. huhu

    ReplyDelete
  4. hantu? jgn kata budak2...org dewasa cam kita ni pun SERAM!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...