Rezeki Terpijak


Assalamualaikum ...

Bila anak ramai ni bermacam lah ragamnya .
Ada masanya memang dah tak larat nak membebel
apa lagi nak marah .
Dah tahu memang tak jalan punya .

Jadinya , ruang tamu nak nampak kemas memang susah .
Ada sahaja benda yang bersepah .
Kalau sesiapa nak bertandang , telepon lah dulu .
Kalau tak , buat je lah tak nampak
bila kami tak sempat mengutip atau menyusun .

Si kecik qistina ni , aktif sungguh .
dia boleh je main sensorang dan buat sepah 
dari atas sampailah bawah .
Bila kena marah , sengih je .
Lepas tu buat sepah kat luar pulak .

Nak jadikan citer ,
Satu petang tu nak tengok tv .
Sambil berjalan sambil pungut kertas bersepah atas lantai .
Tetiba mata terpaku dan membelek jap .
Inilah kertas yang den jumpa ...

Rezeki Terpijak



Voucher RM 50 untuk pembelian sebanyak RM75 .
Bila cek tarikh sah , 31 May 2015 .
Perghhh ... rezeki terpijak tu !

Maka mak usunya bertanya :

" sapa yang sepah benda ni ? "

" akif mak usu , dia buka surat mama . "

" lain kali , kalau ada perkataan voucher ni , ko bagi je kat mak usu . "

" mama mana ' dhoyan ' benda ni . "

Akif ni memang pengambil surat tegar .
Selalu berlumba dengan si kecik bila ada posmen .
Tapi dia belum faham benda voucher ni .

Dia juga yang selalu sengih - sengih
bila ada surat mak usunya 
yang bila di pegang macam ada benda di dalamnya .
maka menyibuklah dia nak tahu .

Voucher tu den belum guna lagi .
Belum buka web zalora lagi .
Yang pasti den akan rambang mata nanti .
Tapi dah terfikir nak cari apa .
hah , apa ya ? ... heh heh heh .






12 Sila komen:

  1. nasib baik tak terbuang..hehe.rezeki tu sis vee..tahniah

    ReplyDelete
  2. voucher I pun belum guna lagi..hehe..ada yg berkenan tapi xleh guna voucher plak..hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun x berapa best lah design nya . mahal pun ya juga . rasa mcm x berbaloi je harga dgn material ... sis jatuh cinta dgn nile.com ...

      Delete
  3. code tu dah display..
    kan ada org gunakan?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...mmg rezeki terpijak...

    ReplyDelete
  5. dpt rezeki terpijak ya...syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...