Tips Solek Jimatkan Masa


ASSALAMUALAIKIM ...

Bersolek atau make - up sudah menjadi keutamaan golongan wanita . Tak kiralah solekan itu jenis yang ringkas atau solekan yang dapat menjadikan wajah anda lebih cantik dan berseri . 


Tips Solek Jimatkan Masa




Tipas Solek Jimatkan Masa 



Kalau korang ada banyak masa , tak de masalahlah kalau nak berdandan kat depan cermin . Nak touch up kat mana - mana pun boleh . Tapi kalau nak minum pun tak sempat , kena kejar masa yang sentiasa nak lari tuh ... bolehlah cuba cara di bawah ini .


1. SOLEKAN ASAS


Sapukanlah concealer di bahagian bawah mata , kawasan hidung dan kat mana - mana yang ada cela . Kalau nak nampak muka lebih berseri , senyum pastu sapulah pemerah pipi . Lepas tu sapukanlah maskara kat bulu mata . takkan kat kening lak ... hohohooo

2. PENSEL SEMUA DALAM SATU 


Pilih pensil yang warnanya mudah digayakan seperti rosy brown atau copper . Bukan setakat boleh guna untuk lip liner , tapi juga mata dan pipi .

* Pastikan pensil sentiasa berada dalam keadaan tajam dan bersih sebelum guna terutama kat bahagian mata .

3. KEMASAN BULU KENING


Rapikan bulu kening tu sebelum masuk tidur . Jadi , tak la kelam kabut bila lambat bangun atau tak sempat nak bersolek .

4. SERLAHKAN MATA ANDA


Korang cuma perlu oleskan pembayang warna beige pada keseluruhan kelopak  mata . Nanti mata korang nampak lebih segar walaupun terpaksa berjaga sampai pagi .

5. MEKAP BERASASKAN KRIM 


Mekap nih sangat sesuai untuk korang yang jenis kulit kering . Kalau korang guna di kelopak mata , sapukan dengan bedak debu . So bolehlah tahan lama dan tak nampak bercapuk bila berpeluh .

6. STICK WARNA


Nak dapatkan hasil yang baik , oleskan color stick terus ke pipi atau bibir kemudian ratakan warnanya guna jari atau span mekap .


Menutup Cela Di Wajah


Tujuan bersolek adalah untuk menutup cela pada wajah seperti kesan jerawat , parut , jeragat juga warna kulit yang tidak sekata . Solekan juga dapat menjadikan mata anda lebih cantik , kening yang lebih kemas dan bibir yang lebih menawan .



BACA JUGA :

Tips Pakai Lipstick Yang Betul







6 Sila komen:

  1. Sy prefer pki eyeliner berbanding lipstik.. sbb sy suka tgk mata sy jd bsr hahaha

    ReplyDelete
  2. sapu bedak ja hari2.. xreti nak makan yg lain dah..heeheee

    ReplyDelete
  3. saya selalu tenyeh eyeliner je..simple tapi nampak result dengan cepat..

    ReplyDelete
  4. bersolek tipis tu perlu utk naikan seri wajah.

    ReplyDelete
  5. Saya suka blusher, sekurang kurangnya muka tak nampak pucat...huhu

    ReplyDelete
  6. alamak...bab bersolek mmg fail...pakai bedak je

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...