Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala


Assalamualaikum ... 

Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala | Den syukur sangat sebab jarang merasa sakit kepala kecuali kesinambungan dari sakit gigi dan selsema . Mungkin sakit kepala itu sikit sangat bagi mereka yang dah biasa kena migrain .



Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala






Penyebab Sakit Kepala


Sakit kepala bukan datang sesuka hati saja . 
Selalunya sakit kepala datang disebabkan beberapa faktor , antaranya :


1- Udara Panas


Cuaca panas yang panjang akan memberi kesan kepada kesihatan kita termasuk sakit kepala . 


2- Bau Yang Kuat


Bab ini selalu terjadi pada den tapi taklah sampai berguling - guling .
Bila dah dapat kesan siapa yang sebur minyak wangi sebotol kat badan dia ,
pergilah sejauh mungkin dari mereka ni .
Bau cat dan juga pengilat kayu juga oleh sebabkan sakit kepala .


3- Ikat rambut Terlalu Kuat


Kalau korang ikat anak rambt korang , baik korang tanya pada mereka 
kuat ke tidak ikatan rambut tu .
Tak memasal kang nangis budak tu .


4- Aktiviti Fizikal Yang berlebihan 


Aktiviti fizikal ni termasuklah sukan dan sex ya . Kalau terlebih aktif , 
kepala akan rasa berat je .


5- Zat Tiramin


  • Zat tiramin yang terkandung didalam makanan yang proses pembuatannya memakan waktu lama, misalnya keju (termasuk blue cheese, keju cheddar, keju parmesan dan keju Swiss). Semakin lama proses pembuatan makanan tersebut, 
  • semakin banyak kandungan zat tiramin didalamnya. 
  • Zat Tiramin juga banyak terdapat pada minuman beralkohol 
  • dan kandungan alkohol tersebut juga dapat meningkatkan tekanan darah ke otak 
  • sehingga membuat Anda semakin pusing.

  • 6- Melewatkan makan



  • Melewatkan makan menyebabkan kadar gula dalam darah menurun. 
  • Ketika perut kosong, elakkan mengunyah makanan manis, terutama gula - gula, 
  • kerana akan  meningkakan kadar gula dalam darah. 
  • Begitu juga pada penghidap gastrik , 
  • terlambat makan dapat merangsang asid dalam perut dan dapat memberikan kesan sakit kepala.
  • Perkara ni selalu berlaku pada den .
  • Jadi , bila kepala den pening , itu maknanya den kena makan .

7- Dehidrasi


Kurangnya cairan dalam tubuh badan akan memberi kesan kepada keseimbangan sel dalam tubuh kita seterusnya mewujudkan sakit kepala .


Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala :


Banyak cara boleh digunakan untuk hilangkan sakit kepala Sakit kepala dah jadi rutin biasa bagi manusia . Tak kan asyik nak telan panadol jer . Makin banyak la bahan kimia di dalam badan tu . Banyak cara lain boleh digunakan untuk hilangkan sakit kepala Apa kata kali ni kita guna cara tradisional untuk merawat sakit kepala pula . Cuma kena rajin lah ya .


1- Daun Sawi


Ambil 6 helai DAUN SAWI
tumbuk hingga lumat . Pas tu campur dengan sikit garam . 
Ambil sikit , lumurkan pada pelipis dan dahi . 
Gosok perlahan - lahan .


2- Daun Setawar


Cari 2 / 3 helai DAUN SETAWAR
tumbuk hingga lumat . 
Pastu tepekkan kat kepala dan balut . 
Biarkan ianya semalaman .


3- Kulit Manggis


Bila tiba musim manggis , hah jangan buang kulitnya lepas makan ya . 
Ambil beberapa KULIT MANGGIS + 3 gelas air 
dan rebus hingga jadi 1 gelas air sahaja . 
Ambil airnya dan berkumurlah setiap hari . 


Kita tak kan tahu kesannya selagi kita tak mencuba .



SELAMAT MENCUBA



5 Sila komen:

  1. sakit kepala mmg memeningkan kepala selagi xhilang sakitnya...tq perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. thanks for tips.. I kerap sakit kepala..

    ReplyDelete
  3. JM x boleh minum nescafe kalau minum HABISLAH...berdenyut2..cara mudah biasa JM buat...masuk tdo...bila bgn je hilang sakit kepala tu

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni memang kerap sakit kepala tapi saya suspect disebabkan power cermin mata yang makin meningkat. Bila tak boleh nak membaca dengan jelas saya mulalah stress. Bila stress datang, teruslah kepala berdenyut-denyut rasa sakit!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...