Sinaran UV Dan Kulit Kita



ASSALAMUALAIKUM ...

Sinaran UV Dan Kulit Kita | Sinaran UV datang dari matahari dan boleh merosakkan kulit dalam masa 15 minit . Kita bernasib baik sebab kulit kita jenis kulit orang Asia yang kebal sikit . Kalau macam muka orang korea dan minah saleh , jadilah kulit tu merah macam udang kena bakar bila kena panas macam suhu negara kita .


Sinaran UV Dan Kulit Kita




Sinaran UV Dan Kulit Kita 


Kulit kita sangat sensitif dengan cahaya matahari yang diketahui mengandungi sinaran UV . Sinaran UV juga boleh didapati pada lampu kalimantan .  Sinaran UV datang dari matahari boleh merosakkan kulit dalam masa 15 minit . 

Bahaya Sinaran UV


Oleh sebab itu jangan lupa menutup kawasan kulit terdedah kepada sinaran UV dengan satu lapisan yang tebal seperti penggunaan produk sunscreen . Sunscreen yang anda gunakan juga mudah hilang kuasa penapis dan harus disapu semula selepas 2 jam berada di luar , selepas berenang dan juga selepas berpeluh . Jika tak , UV boleh mengakibatkan :



1.  Barah kulit . Manusia yang berisiko :
  • Warna kulit yang cerah 
  • Kulit yang mudah terbakar ( menjadi merah / mudah terasa sakit selepas terdedah kepada matahari ) , terdapat frekel
  • Rambut perang
  • Mata berwarna biru / hijau
  • Terdapat ahli keluarga menghidap barah kulit
  • Individu yang sentiasa berada di luar rumah atas sebab kerja / beriadah
2. Kulit berkedut 

3. Proses penuaan lebih cepat .


Cara Mudah Halang Sinaran UV



Korang mesti sayang muka kan . Muka berjerawat sikit pun dah asyik muncung je . Lagilah kalau muka tumbuh jeragat . Apatah lagi kalau dah mula timbul garis - garis halus . Jadinya , korang perlulah buat beberapa perkara untuk elakannya seperti :


1- Pakai krim pelindung matahari ( sunscreen ) sekurang - kurangnya SPF 15

2- Pakai krim pelindung matahari walaupun mendung ataupun anda di dalam kenderaan .

3- Gunakan payung bila anda berada di luar .

4- Elakkan berada di bawah matahari selepas pukul 9 pagi sehingga 4 petang .






4 comments:

  1. Tips yang bagus Vee..kekadang (selalu) sebenarnya...tak rajin nak pakai sun block ....penting ya sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. betul sunblock tu penting...hari tu salah beli sunblock rupanya x semua sesuai ngan kulit, sekali guna terus kulit terbakar..hitam..huhuhu sedih

    ReplyDelete
  3. Rugi sebenarnya jadi orang 'putih' ni. Dahlah senang nak dapat jeragat dan jerawat. Kalau tak jaga betul-betul, memang kulit muka pun nampak tak bermaya.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...