Macam - Macam


Assalamualaikum ...

Macam - Macam | Dalam pada den sedang publish komen sambil blog walking , den terdengar my kakak membebel kat my anak buah . Semyum simpul den dengar tau . Masa den sedang mengarang entry ni , jam dah tunjuk kul 11 malam tapi my kakak masih di dapur . Maka datanglah idea untuk entry hari ini .


Macam - Macam

Nasi Lemak Sambal Petai 


Macam - Macam


Den letak tajuk macam - macam sebab ada tiga cerita nak kongsi dengan korang . Mulanya nak buat satu tajuk je untuk entry ni tapi mcm tak banyak benda lak nak diceritakan . Moh la baca karangan den seterusnya .

Komen


Dah beberapa hari komen yang belum publish terperap . Makin lama makin menggunung . Bila tengok dah tambah page , den lagi lah sesak nafas . Maka , malam ni cuba juga publish komen sambil blogwalking mana yang sempat . Den utamakan komen - komen dari entry lama terutama komen dari entry giveaway sampai ada terlepas pandang . Den jadi salah satu pemenang dari salah satu giveaway yang den join tapi dah tamat tempoh melaporkan diri ... huhuhuuu ... bukan rezeki lah  . 

Lesen Memandu


Den dah biasa renew lesen memandu sebelum atau pada tarikh lahir den . Tahun ni lak tarikh lahir jatuh hari ahad . Jadinya , hari Isnin baru renew . Masa nak renew tu , punyalah panjang barisan . Naik bergegar kepala lutut beratur . Tetiba tergerak hati nak melihat lesen . Bila keluarkan dari bungkusan , baru perasan yang lesen den tamat tempoh pada 2016 ... ya la , ya la ... gelaklah korang macam my anak buah gelakkan ! Sebab den dah biasa renew untuk setahun , jadi tak teringat yang tahun lepas den dah renew untuk dua tahun sebab renew selepas tarikh lahir .

Mama Boleh Buat


Masa den sedang khusyuk mempublish komen sambil berblogwalking , den terdengar perbualan my kakak dengan anak buah .

" nape pinggan mangkuk tak cuci lagi ni . Semua buat tak dengar ya . Kan mama dah suruh tadi . Tak pe la , kan mama boleh buat ! "

Yang hujung tu ayat merajuk ya . Dan macam biasa , my anak buah selamba je dok tengok astro . masa den tengah menaip entry ni  my kakak sedang bersilat mencuci pinggan mangkuk . 

My anak buah ni , selalunya akan cuci sendiri pinggan yang mereka guna . Jadinya , bila ada pinggan kotor dalam sinki , ditanya sapa punya , semua tak mengaku . Tu yang mamanya jadi berangin . Samalah kalau disuruh menyidai baju . Kena bebel banyak kali pun belum tentu jalan . Cuma satu perkara je yang mereka rajin ... memasak . Suruh sekali je dah jalan . Sebab tu semuanya montel belaka . Nabila yang baru 11 tahun tu dah berat lebih 50 kg  tau ... nak juga den tanya my kakak ;

" agak - agak , mama ada darah tinggi tak ? " ... heheheheee



35 Sila komen:

  1. hehehe.. kes sama pasal lesen.. ingat mati tahun ni.. sekali tahun depan daaaa.. tahun lepas lewat renew trus kene renew 2 tahun..

    ReplyDelete
  2. Biasa la kalau tgh rajin tunggu komen masuk nak publish kalau tak rajin habis bergunung himpun haahhaaa..

    ReplyDelete
  3. Budak2 sekarang kot. Kalau part basuh punggan tu, mama memang kena bebel dulu agaknya baru jalan...

    ReplyDelete
  4. Alahai knapalah tak perasan 2016,kan dah beratur panjang....hahaa
    Seperti kakak qaseh tu,kakak pun sama kalau ank bertangguh wat keja yg disuroh ,kakak terus je selesaikan.

    ReplyDelete
  5. Sian kan pot pet pot pet.. last bila semua tak bergerak buat lah sendiri. Kadang kan penat je membebel... penat badan dah 1 hal lepas tu penat mulut lagi... hehehehe biasakle budak-budak sekarang nak kena ketuk banyak kali. bebelan mak dia dibuat macam nyanyian di angin lalu je. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Part lesen tu klako... Kawan SS pernah kena macam tu... Zaman lesen lama... Terlupa yg dia buat renew lesen 5 tahun sekali... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  7. RAJINNYA MENAIP N3 SAMPAI JAUH MLM MESTI BANYK IDE NK BERCERITA...

    ReplyDelete
  8. hahaha..renew lesen tu kelakar..nasib belum sampai kaunter lagi..kalau tak boleh je cakap kat pegawai tu, sis Vee nak renew sampai 2020 terus..

    ReplyDelete
  9. Anak2 saya juga dilatih sejak kecil utk basuh pinggan sendiri. Tapi kadang2 ada juga yg alpa, bila ditanya tak seorang pun mengaku walau secara tak sengaja kita dah nampak sapa punya pinggan, hahahaha...

    ReplyDelete
  10. Teringat pula Zumal nak tengok lesen memandu Zumal tamat bila... Thanks buat entri nie ^-^

    ReplyDelete
  11. kalau kat my blog, komen terus keluar aje ... senang kerja takyah nak tapis-tapis :)

    ReplyDelete
  12. bukan tajuk aje macam-macam :p ... perangai anak-anak pun macam-macam, rasa nak marah selalu pun ade :)

    ReplyDelete
  13. oklah sis ingat nak renew lesen.. I bajet nak renew lesen sebelum balik raya sebab besday sehari sebelum raya.. last2 lupa.. last week baru renew.. dekat 2 mggu tu kehulur kehilir lesen mati.. Nasib baik robblock polis tak tahan.. lalu je.. selamat... Klu dak mana duit renew lesen, mana nak bayar saman.. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kan , time lesen mati , time tu la jumpa polis ...

      Delete
  14. Tang nak renew lesen tu memang nak tergelak lah sis..hahaha

    ReplyDelete
  15. aiza pun renew untuk 2 tahun.. senang tak payah susah-susah nak kena ke JPJ atau pejabat pos selalu..

    ReplyDelete
  16. sedapnya sambal telur nasi lemak...terbaik

    ReplyDelete
  17. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  18. ngeh2.. mari CT tambah lagi jumlah komen yang tak publish tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah kena boom dgn siti pun ... terima kasih sudi korek sis punya entry ya .

      Delete
  19. Yolah tu..... memang gitulah kalau omak dah merajuk. Sama je ngan orang kat rumah ni, seketul sudu pun tak mau tolong basuh. Geram den dibuatnya weyh....

    Lain kali tengok betul betul dulu sebelum beratur Vee... kalau tidak rugi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka basuh pinggan je . cawan ke mangkuk ke , kuali ke ... haram ... huhuhuuu ... tu yg kena ingat utk thn depan . cek dulu sblm renew ...

      Delete
  20. Huhu... samalah dgn lya part komen mgunung tu... dari n3 y sblm2 ni pom x smpt publish.. kekangan msa skarang ni,,, xpela.. sehari dpt publish 5 komen+bw pom ok dh drp x gerak lgsung..

    Sedapnya nsi lmk petai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun publish komen sambil blogwalking pelan - pelan ... janji buat kan .

      Delete
  21. tetiba nmpk nasik lemak sambal petai tu..nyum! bab renew lesen selalu terlupa..last year dekat sebulan sy drive dgn lesen mati..mujur tak jumpa dgn encik polis..-_-

    ReplyDelete
  22. lama2 boleh naik darah tinggi tu Vee..jangan biarkan berlarutan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mana yg x de darah tinggi bila berdepan dgn kerenah anak - anak ni kak yon ... heheheee

      Delete
  23. okeylah mereka rajin memasak walau malas part lain...adik JM ni rajin makan...pinggan sendiri pun malas nak basuh sampai JM sound..akak bukan org gaji korang so tlg lah..tlg basu sendiri..cukup sifat kan..itu ayat yg kluar bila dh penat sgt semua kena buat

    ReplyDelete
  24. Saya faham perasaan kakak Vee tu. Walaupun anak saya dua aje, di rumah saya ajelah bunga ya. Makanya semua kerja mereka harapkan kita yang buat. Kalau nak disuruh, memang 2,3 kali baru boleh ingat nak buat!

    Bab memperbaharui lesen tu, saya lagi hebat, Vee. Asalnya nak tukar IC baru makanya tahun lepas saya tak renew lesen. Ingat bukan tak ingat tapi saja suka-suka memandu tanpa lesen! Hahaha.... Mujurlah tak pernah kena tahan polis/JPJ. Lagi pun saya pemandu berhemah bah ^_^ Tahun ni saya pergi renew lesen sebulan selepas tarikh lahir. Makanya kena renew untuk 2 tahun. Agak-agak Veelah, selepas 2 tahun ni mungkin tak saya terlupa nak renew lagi? Hehehe....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...