Tips Elak Kaki Berbau


ASSALAMUALAIKUM....

Korang risau tak kalau kaki korang tu berbau ?  Rasanya tak ramai yang amik tau pasal kaki kan . Asalkan tak sakit dan boleh berjalan ...ok ler tuh . Tapi pompuan zaman la ni dah ramai yang wat rawatan kaki kat saloon . Kalau korang rajin , buatlah penjagaan yang umum kat umah cam kat bawah ni ...



Tips Elak Kaki Berbau





Tips Elak Kaki Berbau



1. Kasut Yang Sesuai



Pastikan kasut yang korang pakai tu sesuai dengan aktiviti yang korang nak buat . Jadi kaki taklah terperuk jer dalam kasut yang sama . Nak gak si kaki ni hirup udara segar kan ! Rajinkanlah jemur kasut yang bersarung supaya bakteria tu hilang .

2. Tukar Setokin



Pastikan korang tukar stokin setiap hari Gunakan stokin daripada jenis kain yang boleh menyerap peluh dan ada ruang udara . Elakkan memakai stokin yang terlalu ketat .


3. Elak Guna Kasut Tertutup 



Bagi korang yang kuat berpeluh terutamanya orang yang gemuk , elakkan pakai kasut jenis tertutup / sarung  . Kalau terpaksa pakai gak , kenalah selalu bersihkan dan lap peluh pada celah - celah jari tuh .


4. Guna Bedak anti - bakteria



Gunakanlah bedak anti - bakteria pada celah - celah jari / tempat yang boleh perangkap peluh sebelum pakai sarung kaki .


5. Rendam Kaki Dalam Air Suam 



Korang kenalah rajin rendamkan kaki ke dalam air suam sekali dalam seminggu . Air suam tu mestilah dicampur dengan limau nipis / kasturi , garam / bhn pencuci supaya dapat tanggalkan daki / kekotoran / bau . Gosok perlahan - lahan pada jari , kaki dan juga tapak kaki . Maka bau harum lah kaki korang tuh 


6. Tanggalkan Kulit Mati



Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki . Berus kaki hingga ke celah - celah jari dan bersihkan dengan air suam dan keringkan secara menyeluruh .

7. Buat Rawatan



Kalau kaki korang ada jangkitan cam kudis , ulat air atau luka yang meninggalkan kesan nanah , ubati dengan segera dan elakkan daripada memakai kasut buat sementara waktu . Ini kerana jika kaki berpeluh dan ia di campur pula dengan bau kudis atau jangkitan yang dialaminya , baunya pasti akan lebih teruk .





BACA JUGA :

Cara Mudah Atasi Masalah Sakit Pinggang

Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit







6 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...