ASSALAMUALAIKUM ...
Perut buncit merupakan satu masalah besar bagi wanita yang mahu kelihatan anggun dan lelaki yang mahu kelihatan sado . Bagi lelaki yang sudah berkahwin , masalah perut buncit tak dapat dielakkan lagi . Manakala wanita pula , bila usia meningkat , perut juga mudah buncit walaupun makan dengan kadar yang sedikit .
Perut buncit selalunya disebabkan faktor usia , pengambilan makanan yang berlebihan pada satu - satu masa , makan pada waktu lewat malam , tidak gemar bersenam , kadar metabolisma yang semakin berkurangan dan sebagainya .
Perut buncit selalunya disebabkan faktor usia , pengambilan makanan yang berlebihan pada satu - satu masa , makan pada waktu lewat malam , tidak gemar bersenam , kadar metabolisma yang semakin berkurangan dan sebagainya .
Tips Hilangkan Perut Buncit
Bukan mudah untuk hilangkan perut buncit ni . Korang kena disiplin kalau nak perut buncit itu menjadi kempes . Semangat juga perlu kuat . Ada je cara kalau korang memang berhajat nak hilangkan perut buncit ni . Antaranya seperti di bawah ni .
1- Lakukan Senaman
Setiap pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur , ambil sedikit masa lakukan senaman hilangkan perut buncit dulu . Antara jenis senaman yang anda boleh lakukan seperti basic crunch dan kardio .
Langkah - langkah yang perlu dilakukan :
- BARING
- BENGKOKKAN KAKI
- LETAK KEDUA TANGAN DI BAWAH TENGKUK
- PASTIKAN TENGKOK ANDA TEGAK
- ANGKAT BADAN HINGGA KE LUTUT
- LAKUKAN 30x SETIAP SESI ( KALAU TAK LARAT 10x PUN BOLEH )
Bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit . Kalau korang komitmen dengan ini , insya Allah selepas sebulan , six pack lah jadinya .
2- Memakai Korset
Bagi orang perempuan , rajinkanlah pakai bengkung moden / korset bukan sahaja ketika mahu hadiri majlis juga setiap hari jika boleh . Pakai korset akan jadikan perut yang buncit jadi kempis .
3- Amalkan Makan Jamu / Supplement
Bagi mereka yang nak ambil jalan mudah tanpa menepikan diet makanan dan malas nak bersenam , makan jamu dan supplement untuk kempiskan perut adalah cara yang paling mudah .
4- Sapukan losyen
Banyak losyen kempiskan perut dipasaran tapi tak semua yang berkesan . Jadi anda kena pandai cari jenama lah .
5- Amalkan Petua Hilangkan Perut Buncit
Untuk bakar lemak perut yang sudah sedia menjadikan perut anda buncit anda boleh cuba amalkan petua berikut :
- ambil kapur sirih + air limau nipis = sapukan pada perut dan balutkan dengan bengkung . Untuk membakar lemak di perut . Buat selalu . Insya Allah perut akan kempis .
- Ambil asam jawa + segelas air . Embunkan semalaman . Masukkan sesudu madu untuk rasa yang lebih sedap . Boleh di minum pada sebelah pagi dan juga malam . Buat selalu . Insya - Allah perut akan kempis
- Minum air limau + madu sebelum masuk tidur setiap malam .
Lakukan Dengan Konsistan
Kalau korang buat segala tips dan petua di atas secara konsisten , insya Allah perut jadi kempis dengan cepat dan mudah . Kalau korang sibuk pada hari bekerja , ambillah masa sebelum masuk tidur . Pada hari cuti pula , lakukan senaman ringkas untuk bakar lemak sekurang - kurangnya 2 kali seminggu .
akak nak copy paste petua yang ke 10 tu ok yerk...
ReplyDeleteboleh saja ...
Deletewoahhhh
ReplyDeleteklu xminum teh limau n minum air limau boleh k?
ReplyDeleteMcm mne nk ilangkn perut buncit
ReplyDeletebagus la
ReplyDeletetips berguna ni nanti nak cuba lah.
ReplyDeleteGood info ni..singgah follow sini :)
ReplyDeleteTq bro. Berguna juga info yang diberikan. Boleh juga dipraktikkan serba sedikit. Saya pun sebenarnya boleh lah cakap buncit juga.Hehe. Lepas
ReplyDeletekahwin terus naik. Happy kot.
Saya ada nampak satu produk kat laman web nih
www.malaysiatrendshop.com
Produk mencegah perut buncit.Berkesan serta merta untuk menyorokkan keboroian. Hehe.
Teringin gak nak beli. Bukan apa, kalau nak pegi meeting, jumpa klien atau buat presentation, confident sikit & nampak tough.
Kalau yg belum kahwin tu, time dating kalau pakai , fuuuh mesti tough kan.Hehehe
Kalau ada member2 yg pernah cuba guna, boleh lah share2 experiencenya kan. Mana tau semua jadi macho lepas ni.
Tq
nak buat crunch excercise tu cam x mampu....skrg ni cuba amalkan...elakkan air berais dan minum satu jam selepas mkn....
ReplyDeleteApabila pakar london weight berbicara... Keh keh keh...
Deletekena try ni..baru boleh slim macam sis vee..huhu
ReplyDeleteBoleh ilang babat 6 pack?
ReplyDeletemasuk jim ... heh heh heh
DeleteSenaman push up memang in sha Allah membantu hilangkan perut yang buncit. Jom target untuk kempiskan perut buncit pada tahun 2017. :-)
ReplyDelete