Mulut Anda Berbau ?


alt image tag


ASSALAMUALAIKUM ...

Nape orang ni tutup mulut bila bercakap dengan aku ekk ? Mulut aku berbau ker ? Macam mana korang nak tau yang mulut korang memang busuk ? Senang jer . Letak jer tapak tangan menghadap hidung cam nak berdoa tuh dan hembuskan lah kat tapak tangan pas tu cium la . Apa macam ? Bau tak ? ... syhhhh , jangan cakap , maluuuuu



Sebenarnya kalau korang kunyah gula - gula getah terutamanya yang rasa manis , mulut korang makin busuk sebab bakteria dalam mulut tuh bertindakbalas bila jumpa glukosa . Gosok gigi ker , berkumur - kumur guna Listerine ker tetap tak boleh hilang kan !



PENYEBAB BAU MULUT

1. Sisa makanan yang terlekat pada gigi .

2. Mulut yang kering akan menyebabkan sel - sel mati berkumpul pada lidah dan gusi lalu membusuk dan muncullah bau yang kurang enak .

3. Penyakit tertentu boleh menyebabkan bau mulut cam infeksi kronis pada paru - paru , kerosakan buah pinggang , kerosakan hati , kencing manis , peradangan usus , hiatus hernia , sinus , tonsil dan lainnya .


CARA NAK ATASI BAU MULUT

1. Gosok gigi selepas makan / sebelum tidur

2. Flos gigi ( dental floss ) selepas makan / sebelum tidur untuk buang sisa makanan di celah - celah gigi .

3. Berus lidah selepas memberus gigi

4. Jika guna gigi palsu atau kawat gigi , perlu bersihkannya sekurang - kurangnya sekali sehari

5. Elakkkan minum kopi , air bergas dan air manis . Glukosa akan sebabkan bakteria aktif .

6. Tukar berus gigi baru 2 / 3 bulan sekali .

7. Buat pemeriksaan gigi minima 6 bulan sekali 

8. Kunyah jintan manis selepas makan .

9. Makan kulit limau sebelum tidur / selepas makan .







2 Sila komen:

  1. perkongsian menarik sis...harus di amalkan oleh semua yg sayangkan giginya..

    ReplyDelete
  2. Mulut berbau ni memang sesuatu yang memalukan. Bila kita bercakap dan tertiba orang macam nak tak nak aje memandang mahupun menahan nafas, rasa cam serba-salah pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...