ASSALAMUALAIKUM ...
Petua ni saya tujukan khas buat korang yang ada banyak masa dan rajin nak buat . Selalunya kalau bab nak cantikkan kulit , orang perempuan memang tak tolak . Sama cam saya . Heheheee ...
Den memang suka kumpul artikel tentang petua penjagaan kulit yang kita memang boleh dan senang dapat dari dapur . Buat , tepekkan kat muka pas tu pi masuk tidor . Bangun tidor dah ok!
1. Kaedah ni saya selalu buat sendiri . Rendam beras selama seminggu . Pastikan air diganti setiap hari . Kalau tak confirm bau busuk . Selepas seminggu , buang airnya dan kisar beras tadi .
- Beras kisar + asam jawa + madu + kuning telur . Pastikan ianya pekat supaya senang nak tepek kat muka . Biarkan sehingga kering .Cuci dengan air suam . Ianya juga boleh jadi scrub pada muka .
2. Ambil tepung ubi + air limau + madu + putih telur . Sapukan pada muka . Biarkan sehingga kering . Cuci dengan air suam . Buat 3 kali seminggu .
3. Oat + putih telur . Sapukan dan biarkan hingga kering . Bilas dengan air suam . Buat 3 x seminggu .
4. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka . Biarkan sehingga kering . Selepas itu bilas dengan air suam . Lakukan setiap malam .
5. Parut lobak merah + air limau nipis + kuning telur . Sapukan pada muka dan biarkan kering .Cuci dengan air suam tanpa pembersih muka .
6. Keringkan tulang sotong , kisar .
7. Parut sebiji kentang , perah airnya . Sapukan pada muka . Bila kering , cuci dengan air suam.
- Campurkan kisaran dengan madu dan kuning telur . Sapukan pada muka , biarkan sehingga kering . Cuci dengan air suam . Lakukan 3 kali seminggu .
- Ambil bedak buku ( bedak 3A CAP 3 bunga ros , senang dapat kat toko jamu ) + kisaran tulang sotong = kisar bersama gunakan blender kering . Gunakan powder ni selepas gunakan pelembap . Gunakan selalu boleh haluskan kulit muka .
7. Parut sebiji kentang , perah airnya . Sapukan pada muka . Bila kering , cuci dengan air suam.
8. Campurkan tepung sagu dengan air . Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari .
SELAMAT MENCUBA .....
.jpg)

Selamat pagi, boleh tak siarkan tips membuat landscaps, untuk rumah teres.
ReplyDeletesekian, terima kasih.
wah QV, banyaknya petua, rasanya cam senang, antara rajin ngn idok je kan...:)
ReplyDeleteBoleh diatur ni kalau ada banyak masa terluang cuma yang no. 6 tu saya tak larat ler rasanya nak mencuba :)
ReplyDelete