Tips Merawat Resdung


ASSALAMUALAIKUM ...


Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh kuman yang duduk dalam rongga hidung anda . Selalunya resdung terjadi bila anda ada alahan pada hama / habuk pada karpet , perabot serta lainnya .

Tips Merawat Resdung




Tanda anda menghidapi resdung adalah apabila anda kerap bersin . Bersin makin kerap berlaku bila ada habuk dipersekitaran anda .


Tips Merawat Resdung


Ada cara mudah untuk merawat resdung . Anda boleh sahaja dapatkan rawatan di saloon . Selain itu , jika anda dapati anda menghidapi resdung , apa yang anda perlu buat hanyalah elakkan :

1. Memelihara binatang berbulu seperti kucing dan arnab .


2. Jangan gunakan sarung bantal , cadar , selimut yang diperbuat daripada bulu binatang .


3. Kerap bersihkan permaidani dan karpet .


4. Gunakan penutup hidung sebelum mengemas rumah .


5. Kerap cuci sarung bantal , cadar dan selimut dengan air panas untuk bunuh serangga dan pepijat .


6. Kerap lap muka menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam .



Rawatan Resdung yang boleh dilakukan :



1. Menyedut air ke dalam hidung , kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan dengan sekuat hati . Buatlah berulang kali . Selepas itu basuhlah muka dengan bersih . Buat lah selalu takira apa korang buat dan mana  korang berada dan pergi . Kesannya memang hebat . 

*Korang boleh saja gunakan air biasa atau pun air yang diramaskan dengan daun sireh .


2. Hiris halus 3 biji bawang merah + ambil 2 helai daun sirih + secubit biji sawi = masukkan ke dalam mangkuk yang ada air mendidih . Letakkan muka anda di atasnya .


3. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak , kemudian ambil bahagian kulitnya sahaja . Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau . Seterusnya , campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit . Pas tu pi bakar bahan tu dan sedut asapnya .


4. Cari terung bulu , keringkan . Letakkan ia di atas kain maslin . Letakkan kain maslin tu di atas mangkik berisi air panas . Sedut wap yang keluar .


5. Dapatkan rawatan menggunakan lintah .


Rawat Sebelum Merebak



Resdung perlu dirawat segera kerana ianya boleh menghadirkan penyakit lain . Antara penyakit yang boleh hinggap adalah jerawat . Ada juga kes redung menjadi kronik sehingga terpaksa melakukan pembedahan . Jadi , jangan ambil mudah dengan resdung .








9 Sila komen:

  1. resdung memang seksa, akak ni resdung..cukup tak tahan dengan habuk dan alah dengan makanan laut, jadi memang elak dua benda nih.

    ReplyDelete
  2. Kalau sesiapa ada Resdung ,boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan pengurangan seawal 3 hingga 7 hari. Klik nama saya "Ubat Resdung" (tulisan warna biru) atau boleh layari http://www.ubat-resdung.com

    ReplyDelete
  3. saya dah cuba bella formula tu tapi masih takde kesan, skang ni muka dgn hidung pulak makin gatal-gatal..

    ReplyDelete
  4. perkongsian tips resdung yg boleh dicuba ni...tq qv

    ReplyDelete
  5. resdung ni memang.. langkah pencegahan tu yg penting berbanding rawatan..klu dah teruk silalah rawat..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. klu kita ambil air sembahyang , kan kita disunatkan masukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali ... Islam itu indah beb .

      Delete
  7. Thanks foe the tips...
    Resdung ni...kadang2 menyerang saya jugak..esp kalau terkena habus atau tersalah makan

    ReplyDelete
  8. Memang mengganggu kehidupan masalah resdung ni. Lebih2 lagi kalau yang asyik bersin dan berair hidung.

    saya ada kongsikan tips dan petua mujarab untuk pesakit resdung
    -----> Terseksa & Malu Akibat Resdung Teruk. Apa Nak Buat? | Diari Mama

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...