Petua Merawat Buasir


ASSALAMUALAIKUM ...

Petua Merawat Buasir | Bila den tengok my kakak ada buasir , den rasa kesian lah pulak . Dia nak duduk pun seksa . My kakak ni dapat buasir sejak dia mengandung anak sulong lagi . Kes bermula bila dia selalu je sembelit . Sekarang ni , buasir dia ejap ad jeap tak de . Masalahnya , my kakak suka sangat makan makanan pedas . Kalau makan tak ada sambal totok , memang tak seleralah dia nak makan sedangkan pedas itulah penyumbang kepada sakit buasirnya .


Petua Merawat Buasir


Buasir 



Buasir atau juga dikenali sebagai hemoroid adalah pembekakan yang berlaku pada vena . Vena ni terletak di bahagian rektum dan dubur . Kalau anda lihat ada kulit yang tertonjol keluar dari dubur , itulah vena . Bila vena ni dah terkeluar pada dubur , membran di sekitar dubur akan membengkak , rasa sakit , perit , gatal dan berdarah .


Bila tekanan dalam darah di bahagian rektum anda terlalu tinggi , maka dinding vena darah akan terengang atau menonjol . Awas , Vena anda juga boleh pecah bila anda meneran !


Terdapat 4 peringkat  yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :


Tahap 1:  Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Punca Buasir 

  • Duduk untuk jangka masa lama .
  • Meneran ( ketika najis keras atau sembelit )
  • Cirit Birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama .
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin 
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual .

Risiko Mendapat Buasir


Faktor-faktor yang  boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko mendapat buasir yang lebih tinggi adalah seperti berikut:

1. Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit buasir
2. Wanita mengandung
3. Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada penyakit buasir
4. Meneran semasa membuang air besar

Simptom-Simptom Penyakit Buasir :


Sekiranya ada tanda - tanda berikut , itu bermakna anda menghidap buasir .

1.  Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
3. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
4. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
5. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempuh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.


Petua Merawat Buasir



Ada banyak petua untuk merawat buasir . Sama ada petua merawat buasir ini berkesan ke tidak , penghidap buasir perlulah mencuba sendiri . Anggaplah petua merawat buasir ini sebagai alternatif lain disebalik perubatan moden . 


    Petua Perubatan Tradisional Melayu


Pilihan 1: Ambil 7 biji ciku muda sebesar ibu jari. Rebus dan minum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

Pilihan 2: Ambil buah tomato yang hampir masak dan goreng dengan sedikit minyak. Biarkan ia sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

Pilihan 3: Ambil segenggam daun pokok semambu. Tumbuk dan campurkan dengan sedikit garam untuk mengurangkan rasa pahit. Minum air daun tersebut dan sapu sedikit di bahagian buasir.

Petua Menghindari Penyakit Buasir


1. Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.

2. Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam

3. Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.

4. Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari

6. Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga dapat menghindari dari penyakit buasir. Penekanan adalah lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

8. Masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

9. Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).


Petua Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Buasir


1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendir.


Petua Perubatan Moden


Pilihan Ubat Buasir - Antara ubat yang boleh digunakan adalah:
  1. Agen Anestetik setempat
  2. Pengecut saluran darah setempat
  3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan
  4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel
  5. Pengurangan kesakitan dan kegatalan
Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.

Agen Anestetik Setempat 


Agen anestetik atau bius setempat bertindak merngurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf. Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokain yang diletakkan pada buasir.

Pengecutan Saluran Darah Setempat 


Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.

Pengurangan Kegatalan 


Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering. Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir. Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserin atau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.

Astringen 


Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.

Pengurang Kesakitan 


Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak. Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.

Sekiranya seseorang mengalami penyakit buasir, penjagaan kebersihan kawasan dubur amatlah penting untuk mencegah buasir. Langkah pencucian telah diterangkan dan paling penting adalah mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik pada setiap hari. Pesakit selalunya akan dinasihatkan oleh para pengamal kesihatan untuk mengambil air yang banyak dan mengekalkan pemakanan yang seimbang dengan kandungan fiber yang tinggi untuk mencegah terjadinya buasir. Jika buasir terjadi berulangkali atau tidak reda selepas seminggu walaupun dengan menggunakan ubat buasir, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Terdapat 2 matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya, menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

a. Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar. Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

b. Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari, buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

c. Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.



d. Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

e. Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

f. Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan lain. Rawatan yang agresif ini boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

Langkah Pencegahan

  • Banyak minum air sekurang - kurangnya 1.5 hingga 2 liter sehari .
  • Makan makanan seimbang . Banyakkan memakan makanan tinggi serat , bijirin , buah - buahan dan sayur - sayuran .
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah minum segelas besar air .
  • Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah , alkohol ) atau yang boleh merangsangkan usus ( kopi atau teh ) .

Apabila wujud gejala tertentu seperti darah dalam najis , sakit atau gangguan pada dubur , segera berjumpa doktor .





9 Sila komen:

  1. tips kesihatan yg bagus dikongsi ini...elak sebelum dijngkiti penyakit ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, setakat ni sihat lagi tak kena buasir.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. harap dijauhkan penyakit ni.. kena makan buah byk2..

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai teruk baru nak berubat. Seeloknya beringat sebelum kena. Bila dah kena cepat-cepat menemui pakar sebelum tiba ke peringkat dah terlewat..

    ReplyDelete
  5. sy suka mkn pedas...tapi xla selalu...

    ReplyDelete
  6. Kita tengah baca sambil makan biskut cicah teh tarik ni, Vee. Alahai... terhenti sekejap nafsu makan. Hahaha...

    ReplyDelete
  7. alamak! kalau mkn nasi x pedas mmg x puas...nampaknya perlu kurang pedas dalam menu masakan..takut!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...