Petua Hilangkan Bau Ketiak


ASSALAMUALAIKUM ...


Bau ketiak ni sebenarnya disebabkan oleh pemakanan kita dan juga disebabkan bulu ketiak yang tidak dibuang . Begitulah menurut pakar gaya dan kecantikan , Norma Norell . Katanya lagi , kalau anda tak percaya , anda boleh bezakan antara ketiak yang tiada bulu dan yang berbulu . Mana satu yang berbau dan mana satu tidak berbau .


Petua Hilangkan Bau Ketiak



Penyebab Bau Ketiak


Ada beberapa faktor yang menyebabkan ketiak berbau . Antaranya ;

1- Bawang Putih

Bawang putih merupakan ramuan utama dalam segala jenis masakan di sleuuh dunia . Bau bawang putih yang kuat bukan sekadar di mulut sahaja malah akan keluar bersama peluh korang juga .

2- Hormon

Hormon manusia ini memang selalu berubah - ubah . Kita sendiri pun tak tahu bila hormon kita berubah dan akan berubah .


3- Penyakit 

Apabila korang menghidapi penyakit diabetes , peluh korang juga akan berbau . Malah penghidap penyakit ini akan kerap dan banyak mengeluarkan peluh .


4- Daging

Banyak makan daging juga protein seperti telur akan buat badan anda berbau . Bila anda makan makanan jenis ini , angin yang anda keluarkan dari bawah akan berbau busuk . Maka peluh anda juga akan berbau busuk .


Petua Hilangkan Bau Ketiak



Banyak cara yang korang oleh gunakan untuk hilangkan bau ketiak . Korang boleh saja gunakan cara tradisi atau cara moden . Pilih saja cara mana yang mudah untuk anda amalkan . Berikut adalah cara yang Vee cadangkan untk korang mencuba ;


1. Ambil limau kasturi yang masih muda , makan 3 kali sehari ( pagi, tengahari dan malam ) . Kalau nak makan kulitnya buat ulam pun boleh .

2. Ambil limau ( kasturi / nipis /purut ) asalkan limau , sapukan kat ketiak setiap pagi dan malam setiap hari . Jadikan ia perkara lazim macam makan lah .

3. Pastikan tak de sehelai bulu pun kat ketiak korang . Kalau ada , cabut .

4. Sapukan minyak zaitun setiap malam sebelum tidur . Jadikan amalan seharian korang .

5. Jangan gunakan tapak tangan korang untuk cuci ketiak . Bakteria pada tangan akan bertindakbalas seterusnya menyebabkan ketiak berbau . Sebaliknya gunakanlah belakang tangan korang untuk mencuci ketiak .

6. Jangan makan makanan berempah , bawang putih , halia yang boleh menyebabkan badan korang berbau .

7. Sebelum keluar rumah , ambil kapur sirih , perahkan limau , kacau dan sapukan pada ketiak korang .

8. Cuci ketiak korang dengan scrub muka atau scrub badan setiap kali korang mandi .


Bau Ketiak Memalukan



Kalau baru berjalan beberapa langkah sudah terbit bau dari badan korang , sudah tentu ianya memalukan . Maka haruslah korang mencuba beberapa petua di atas supaya korang ada level keyakinan yang tinggi dan tak rasa malu .








6 Sila komen:

  1. thanks for sharing..paling mudah, sapukan deodorant..

    limau, kapur sirih, minyak zaitun - mudah didapati..boleh try jg..

    ReplyDelete
  2. nice tips.. tp mmg bau ketiak berpunya dr pemakanan juga.

    ReplyDelete
  3. rempah2,bwg putih, halis mmg bau kuat..tapi semua tu bagus tuk kesihatan.. tambah plak i tgh ambik suplemen bwg putih..berisiko nak bau x?
    so far tak dak masalah lagi laa(2 minggu baru ambil)

    ReplyDelete
  4. Memang betul. BO ni pun boleh menyebabkan kita hilang keyakinan. Yalah, bila dekat je orang mula kembang-kempis hidung menahan bau badan kita, haruslah kita otomatik terasa malu. Yang jenis tak malu walaupun badan berbau hampak tu, tak reti nak kata macamana dah!

    ReplyDelete
  5. nasib baik x bau so mmg say 'no' to deodorant heeee

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...