Anak Dara Dah Ada Parut


Assalamualaukum .

My anak buah , minggu lepas ada road run .
Zaman Vee dulu kami panggil merentas desa .
Sebab kami memang merentas kampung .
Berbeza dengan my anak buah yang merentas bandar je .

Terkejut lah mak usunya bila dia tunjuk seluarnya yang berlubang tang lutut .
Besar ... memang besar lubang seluar tu .
Tak percaya ... meh tengok .

Anak Dara Dah Ada Parut

Besar luka itu hampir sama dengan besar kapas pembalutnya .
Kesian tengoknya .
Dia tak menangis pun cuma sengih je .
Soalan yang keluar dari mulut mak usunya :

" macam mana boleh jatuh ? "

Orang tolak . "

Jawapan itu sudah cukup memberi bayangan .
My anak buah ditolak dalam keadaan dia sedang berlari .
Sebab itu lukanya besar .
Dan Vee dapat bayangkan dia sengih je
bila pelaku tu minta maaf 
dan dia berkerut - kerut muka tahan sakit .
Sebab dia tak reti marah orang .

Berbeza dengan Hanani .
Mau kena hamun si pelaku
termasuk sekali dengan tangan kaki dia naik .
Hanani garang dan tau macam mana nak pertahankan diri .

Makanya , mak usunya yang melihat luka itu ,
pun berkata dengan sayunya ... nada sayu ...

alahai kak , anak dara dah ada parut ! "


Anak Dara Dah Ada Parut


Walapun sapu minyak gamat 
jadikan luka tu cepat sembuh ,
tapi nak elok macam asal memang tak lah kan .

Zaman vee dulu ,
merentas desa hanya melalui jalan kampung .
Ramai juga makcik , pakcik , orang kampung
yang memerhati di depan rumah .

Yang baik hati , 
akan sediakan air minuman .
Yang pelajar rumahnya di kampung itu ,
boleh rehat jap bersembang dan minum air sampai kenyang !

Walaupun jalan kampung sudah bertar ,
tapi kami semua berhemah antara satu sama lain .
Tetiba my anak buah cakap :

" mak usu , diaorang kan naik bas . 
pastu turun sebelum sampai sekolah .
Jadi diaorang lah sampai dulu .
Dah la badan besar ,
cikgu pun tak percaya .
Cikgu cuma rekod je .
Tak bagi diorang menang . "

Hahahaaa ... perkara biasa lah kan .
Ko kalau lemak berkilo ,
dah biasa ternak lemak dan tak sudi exercise ,
mana larat nak road run kan !

Dulu , zaman sekolah 
Vee ada hati nak ambil bahagian dalam sukan ni .
Tapi sebab tinggi tak cukup dan badan yang sekeping,
Apalah sukan yang vee layak .
Sudahnya , merentas desa ni lah yang bagi vee medal .
Itu pun bukan nombor satu lah .
... heh heh heh .

Apa perasaan korang 
kalau anak korang balik dari sekolah 
dengan luka macam tu ekkk ...


Salam Jumaat semua ...





12 Sila komen:

  1. adusss..seriau tengok.moga cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  2. KESIANNYA SAKIT TU...LARI RENTAS DESA NI SANTAI2 SAJA..KENAPA SAMPAI TOLAK MENOLAK..LARI2 DLM KWSN BANDAR NI LBH MUDAH LUAS JLNNYA...MOGA ANAK SEDARA VEE CPT SEMBUH..PARUT TU BOLEH HILANGKN DGN GOSOK KULIT PISANG EMAS.

    ReplyDelete
  3. kesiannya budak2..

    saya dulu merentas desa dlm kebun kelapa sawit sbb sebelah sekolah je, kmdian peringkat daerah, berlari dlm kebun kelapa..hehe..sekarng ni cross the road je..haha..nak jogging pun rasa malas..

    ReplyDelete
  4. alaa kesiannya kat dia besar luka...hihih..teringat zaman sekolah lw merentas desa selalu last..haha

    ReplyDelete
  5. ala, syiannya..huhu..rindu zaman merentas desa..hihi..masuk jalan kpg sendri..hihi..

    ReplyDelete
  6. Alahai kesiannya dia... Siapa la yang tolak2, sampai hati yer...

    ReplyDelete
  7. kesiannya anak buah.. harap2 cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. tgk pun dh ngeri..yg menanggung sakitnya lagi la...

    ReplyDelete
  9. kalau zaman dulu anak kita kena mcm tu, kita bolehlah jumpa mak ayah pelaku tu komplen psl perangai anak dia.. zaman skrg ni, silap hari bulan kita yg kena balik.

    macam dilema guru pulak kan.. huhu..

    ReplyDelete
  10. Whoa.. I pi cari budak yang tolak anak I tu nanti!

    Besar tu, tentu sakit. Acik yang tengok ni pun seriau, main tengok celah-celah tangan je tutup mata tau!

    Kesian alahai, sure menahan sakit tu tapi nak control ayu, terpaksalah pendamkan aje rasa nak menangis tu ya!

    Yalah, bab-bab merentas desa ni, kita orang lalu depan HSBP. Sampai kat situ jerk, kita orang rajinlah 'merentas desa' katanya sebab ramai 'balak'.Agak-agak dah penat daki Bt Soga, kita jalan kaki ajelah dengan penuh redha kalau tak dapat medal pun ~_^

    ReplyDelete
  11. ya Allah..seram!....besar lukanya tu...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...