Asal Jadi


Assalamualaikum ...

Ini kisah hari Ahad lepas .
Bila perut rasa lapar baru ada hati nak tinggalkan lappy .
Teringat lak ada 2 kampi tepung pulut .
Teringin lak nak mengerjakannya .

Dah jadi kebiasaan den pada hujung minggu ,
lepas solat subuh buka lappy .

Keluar bilik , pergi ruang tamu 
nampak my kakak sedang leka dengan phone .
Tengok jam dah pukul sembilan lebih !

" ma , kalau nak whatsapp pun , buatlah sarapan dulu . "

" bukan wahtsapp la . tengok gambar je . "

" Iya lah . Agak - agak la ma , dah pukul sembilan tu . "

Sedas adiknya bagi ... heh heh heh .
Bukannya apa , ada 6 mulut yang sedang kelaparan kan .


Asal Jadi


Pergi dapur terus je jalankan projek tepung pulut .
Tetiba nampak kelibat my kakak .

" Nak bat apa ma ? "

" Apa - apa lah asal jadi . "

Vee nampak dia ambil bahan untuk buat roti dan kek .
Bila dia keluarkan baking soda , 
maka pastilah dia nak buat kek .

My anak buah berebut nak pegang mesin mixer .
Mak usunya yang sedang siapkan projek tepung pulut ni
tetiba je dapat idea macam chef wan buat 
dulu dalam satu program masakan .

Terus je ambil serbuk yis dalam satu sudu besar ,
masukkan ke dalam adunan dan putar .
Hajat nak buat roti dengan adunan kek ( adunan cair ) .


Asal Jadi


Bila dah masak , mak aiii ...
tekstur roti kek tu memang lembut 
mengalahkan kek yang selalu vee buat .

Maka tetiba terfikir .
Agaknya itu kot secret resepi

Apa - apa pun , vee akan buat eksperimen lagi .
Kalau menjadi lagi cantik , 
vee akan kongsikan resepinya nanti .

Mesti ada yang nak tahu 
kenapa ada titik hitam kat tengah roti kek tu .
My kakak masak roti kek dalam periuk tekanan .
Tak percaya ? ... percayalah !
Bila dah bau hangit , 
barulah sibuk nak menjenguk .
Itu juga jadi sebab mungkin 
kenapa permukaan kek tak naik sekata .

Sementara tunggu roti kek tu masak ,
projek tepung pulut mak usunya dah kilat dulu .
Mak usu dapat beberapa ketul je .
Tu pun kongsi dengan my kakak .
Betapalah my anak buah dah kelaparan !


Selamat berhujung minggu semua ...









6 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...