Punca Sakit Tekak


ASSALAMUALAIKUM ...

Punca Sakit Tekak  | Mesti sakit hati kan bila bangun dari tidur jer , alahai ... sakitnya la tekak den nih ... nak menelan air liur pun seksa . Lagi la nak makan ! Selalunya dalam tidur atau sebelum tidur sudah rasa tanda - tanda akan sakit tekak .




Punca Sakit Tekak


Sakit Tekak


Selalunya sakit tekak menyerang bersama dengan batuk atau selsema . Biasanya sakit teruk pada sebelah pagi dan berkurangan pada hari esok . Ada juga sakit tekak yang menyerang sendirian dan secara tiba - tiba . Itumungkin disebabkan faktor cuaca .


Punca Saki Tekak



Punca Sakit tekak ini disebabkan jangkitan virus atau bakteria . Bakteria memberi tindakbalas baik kepada rawatan antibiotik , manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu . Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman , bercium , batuk , menghembus hidung dan bersin . Penyakit campak juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan . Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan . 

Mungkin juga tanda sakit kanser kerongkong ( perokok ) . Alahan walaupun tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba - tiba , boleh juga menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan . Pembedahan pembuangan tonsil boleh membawa kepada sekit tekak . Malah penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak .

Tanda / Simptom 


Banyak tanda / simptom yang memberi gambaran bahawa anda akan menghidapi sakit tekak . Antara yang anda boleh pastikan adalah :

1. Sakit tekak yang kadangkala merebak ke telinga .

2. Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher . 

3. Jika sakit disebabkan virus , Coxsackie , lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut ( soft palate ) .

4. Jika sakit disebabkan jangkitan streptococcal , tonsil sering membengkak dan bersalut putih . 

5. Demam , sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak .

Rawatan Yang Boleh Dilakukan


1. Banyak minum air suam .


2. Berkumur dengan air garam .

3. Menghisap ubat Lozenges .

4. Pengambilan ubat demam .

5. Pengambilan pil tahan sakit .

6 . Telan asam jawa . Kesannya anda dapat rasa dengan cepat .


Berjumpa Doktor


Kalau sakit tekak anda masih berterusan , korang dinasihatkan pergi berjumpa doktor . Ini lebih mudah untuk pastikan apa punca sebenar sakit tekak anda . Ia mudah dikesan sekiranya sakit tekak anda bukan disevbabkan virus tetapi penyakit lain yang di luar jangkaan anda . Maka boleh lah anda memulakan rawatan segera .

12 Sila komen:

  1. sakit tekak mmg mslh besar sbb payah nk mkn n minum..

    ReplyDelete
  2. Kalu laa koyok boleh ditampal di tekak kan bagus... He He He...

    ReplyDelete
  3. baru ja sembuh sakit tekak ni.. cuti 2 hari ni mmg minum air banyak2..kat office ni beraircond.. sejuk..kat luar panas..kerap jgk sakit tekak ni..
    thanks perkongsian yg bagus

    ReplyDelete
  4. sakit tekak ni biasa intro untuk demam atau selsema. tapi saya selalu sakit tekak sebab kuat sangat karok..haha

    ReplyDelete
  5. Batuk, selsema, sakit tekak, ini semua nampak macam ringan je tapi bila kena, rasa memang tak selesa. Tension gila dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. saya amalkan makan pil bawang putih untuk bunuh kuman/bakteria/virus.. pil bawang putih agen antibiotik semulajadi.. :))

    ReplyDelete
  7. Search kes x tahan sakit tekak... bru lpas muntah slepas isi... nk tlan air liur pon seksa... oddaaa

    ReplyDelete
  8. Kesian isteri. dah la guna tiub hidong kerana stroke.kena pula sakit tekak. trasa amat perit apabila nak menelan air liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... ujian tu dtg dlm pelbagai bentuk . salah satunya , penyakit ... selain dapatkan rawatan doktor , ada cara lain untuk cepat sembuh . Infaqkan , zakatkan dan waqafkan harta pesakit . dengan cara itu bukan sahaja dapat sembuhkan penyakit malah dapat juga dari menghidap penyakit dan dipanjangkan umur tapi buat kena ikhlas kerana Allah ... kita cuma berusaha , yg menyembuhkan Allah jua ... semoga isteri cepat sembuh dan dipermudahan segala urusannya ... in shaa Allah .

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...