Punca Dan Cara Merawat Jerawat


ASSALAMUALAIKUM ...

Jerawat , satu tajuk yang tak best perempuan nak dengar .
Dek kerana pengalaman , vee nak share 
punca dan cara merawat jerawat .
Tengok kat photo tuh , 
tu la photo jerawat kat muka vee satu ketika dulu .


Punca Dan Cara Merawat Jerawat




Kalau korang nak tahu ,
kulit muka vee ni jenis yang kebal .
Pakailah apa pun jenis kosmetik , dia selamba je .
Sampailah satu ketika tu ... 

My kakak beritahu ada satu kawan dia tu 
pakai produk tuuuut kat muka dan breast ,
jadi tegang sungguh !

Punca Dan Cara Merawat Jerawat


Produk tu , buatan tempatan je pun .
Berasaskan minyak kelapa dara .
Jadi vee yang excited dengar ni ,
carilah kat website jenama tu dan orderlah .
Vee order untuk krim tegang tu dan pencuci muka .
Tapi krim tegang tu den pakai kat muka ya .

Selepas beberapa minggu menggunakannya ,
tetiba kulit muka ni rasa pedih je .
Pastu meruam merah ko .
Ingatkan krim penegang tu penyebabnya .
Tapi bila dah habis pakai produk tu , muka makin pedih .
Makanya , pencuci mukanyalah yang bermasalah .
Pemutih la kan kononnya .
Confirm ada agen pemutih dalam kosmetik
 yang tak dibenarkan !

Jadinya my kakak , suruh stop guna pencuci muka tu ,
Bila dah stop , ruam dan pedih makin berkurang .
Tapi ada lak masalah baru timbul .
Masalahnya ... kulit jadi sensitif dan mudah timbul jerawat !
Kulit dah macam menipis pulak .

Vee freekan muka dari sebarang kosmetik .
Vee cuba guna econozine untuk kecutkan jerawat .
Alhamdulillah berkesan .

Tapi masalah baru timbul lak .
... parut jerawat !
Sampai sekarang masih berbekas walaupun dah berkurangan .
Vee cuma sapukan lendir lidah buaya setiap hari .


Punca jerawat wujud :


  • Hormon androgenik menghasilkan kadar pengeluaran minyak seterusnya menyumbat liang - liang roma muka  
  • Mencuci muka lebih kerap (lebih 2x sehari) akan sebabkan jerawat menjadi lebih teruk .
  • Skin care yang mengandungi bahan kimia / tak sesuai  juga boleh menghasilkan jerawat dan masalah kulit yang lain . 
  • Ada sesetengah kulit yang sangat sensitif dengan produk .


Punca Dan Cara Merawat Jerawat


Tips merawat jerawat :


  • Gunakan krim Econazine yang boleh korang dapat kat farmasi . Ni untuk jerawat dari kategori penyakit kulit .
  • Tumbuk seketul kunyit hingga halus + asam jawa + sedikit air = tepekkan ke atas jerawat .
  • Ambil beberapa helai pucuk jambu batu , giling / tumbuk hingga halus . Sapukan pada bahagian yang berjerawat . Kalau nak lebih berkesan , campurkan bersama bedak sejuk .
  • Rendam sehelai daun sirih ke dalam air panas . Bila air dah sejuk dan daun dah layu , selawat 3 x dan sapu air pada wajah . Biarkan air tersebut kering sendiri .
  • Ambil kuning telur + madu satu sudu . Kacau sebati . Sapukan pada muka dan biarkan kering . Bilas muka dengan air suam .
  • Kisar belimbing buluh /daun . Sapukan pada seluruh wajah . Buat setip malam .
  • Ambil sebiji limau nipis . Belah dua dan sapukan pada muka . Pedih sedikit tapi berkesan mengawal minyak .
  • Biarkan air teh sejuk semalaman . Gunakan untuk mencuci muka . Buat sehingga jerawat hilang .

Tips untuk elakkan jerawat :


  • Hindari makanan yang berlemak dan berminyak . Perlu diketahui bahawa kacang , coklat, fast food tidak menyebabkan jerawat mengikut kajian saintifik .
  • Jangan merokok .
  • Pastikan dapat tidur yang cukup ( 7 - 8 jam sehari ) 
  • Minum air tulen sekurang - kurangnya 8 gelas sehari untuk membantu ginjal dan hati serta membantu kulit nampak segar dan ceria .
  • Jauhi tekanan ditempat kerja / sekolah .
  • Jangan picit jerawat menggunakan kuku kerana samada kuku / tangan kita ada bakteria .
  • Cuci muka setiap kali bangun dan sebelum masuk tidur 
  • Gunakan pencuci muka yang mengandungi pH 5 yang sesuai untuk kulit jerawat .
  • Hindari menggunakan alat solek yang mengandungi bahan kimia .
  • Sekiranya skin care yang anda guna menghasilkan jerawat pada muka , berhenti menggunakannya .

Semoga tips ini berguna untuk korang . Kalau jerawat kategori penyakit kulit , korang dinasihatkan jumpa pakar untuk merawatnya . 








15 Sila komen:

  1. orang kata bedak linas deherbs pun okey untuk jerawat...=D

    ReplyDelete
  2. saya pon ada mslh macm tu... dtg denan kawan2.. dan tinggal kesan... huh.. terluka hati saya dibuatnya. hehehe..

    ReplyDelete
  3. hana pown hri 2 terpakai satu produk yg famous utk putihkan muka...sempat pakai satu minggu muka naik..hana la muka jenis jerawat susah naik bila naik jadi x suka...muka elok2 xad jerawat naik jerawat p2 hana trus bhnti guna produk 2..now dh pkai produk dulu yg sesuai ngn kulit muka...

    ReplyDelete
  4. Sangat jarang tengok org yg dah kawin ada jerawat. Sebelum kawin dulu, muka saya banyak jerawat, tapi bila kawin jerawat hilang sendiri. Agaknya benar juga kata org, terapi terbaik utk jerawat ialah dgn berkawin kerana lepas kawin keseimbangan hormon jadi semakin stabil...

    ReplyDelete
  5. RISAU SUNGGUH KAN WALAU JERAWAT SEBIJI HINGGAP DI WAJAH....

    ReplyDelete
  6. Katakan tidak pada jerawat... Hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. naseb baek la kulit timm ni tumbuh jerwat berkala..time period je..time len alhmdulillah ok :)

    ReplyDelete
  8. tulah kan bila ada jerawat..parut jerawat pula tinggal..
    saya pengguna AH beauty..memang setia..bila muka dah ok..sesekali tak pakai pon tak apa

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg menarik..boleh jadi rujukan buat JM nih...

    ReplyDelete
  10. Saya ni jenis muka tak berjerawat tapi jeragat senang betul terhasil. Kalau masa muda belia dulu, jerawat datang seketul je semusim. But then bila datang memang rasa tension teramat. Dari jauh dah nampak!

    ReplyDelete
  11. nad guna sabun muka enzyme..memang berkesan..kalau qaseh nak cuba boleh order dengan nad

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg sgt menarik.. πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  13. Punca Tumbuh, Naik Jerawat.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/08/punca-tumbuh-naik-jerawat.html

    ReplyDelete
  14. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...