Nasi Keras


Assalamualaikum ...

Vee sangat suka nasi kerabu . 
My kakak pun tahu vee suka nasi kerabu .
Maka my kakak pun tapaulah nasi kerabu untuk vee .

My anak buah lak pi simpan nasi kerabu untuk mak usunya dalam peti sejuk .
Sampai masa nak makan , buka bungkusan , rasa nasi ...
... nasi keras lah pulak .

Pergi ke dapur masukkan kat rice cooker untuk hangatkan . 
Konon nak bagi nasi kerabu tu lembut .
Selepas beberapa minit , buka , rasa nasi ...
... nasi keras lagi .
Rupanya memang nasi kerbu itu tidak di masak dengan sempurna .

Nak kukus , perut dan lapar .
Tapi sebenarnya tekak yang dah tak sabar nak makan nasi kerabu .
... heh heh heh .
Makanya , makan sajalah .
Kunyah pelan - pelan .
Kononnya kunyah 44 kali macam Rasulullah .

Masa gaul sebati nasi kerabu tu ,
nampak lah sambal yang ciput .

" mama , next time kalau beli 
tu mintaklah sambal belacan banyak sikit . "

" sambal budu . bukan sambal belacan . "

Barulah vee tahu sambal itu sambal budu .
Selama ni makan tak perasan pun 
walaupun beli kat tempat yang sama .
... heh heh heh .

Tak jauh pun warungnya .
Kat simpang masuk taman perumahan ni lah .
Kalau jalan kaki , ada la 20 minit .
Kalau jogging , 10 minit je dah sampai .
Kalau nak senang dan cepat , gegar je lah pagar rumahnya .
Selang 4 pintu jer dari rumah my kakak .

Hanya dengan jual nasi lemak dan nasi kerabu je ,
dia dapat beli umah tu .
Tak percaya ? 
... percayalah !

Bila dah gaul nasi kerabu tu baru perasan portionnya banyak .

" banyaknya nasi , macam tak habis je . "

" nasi kerbu tu sedaplah mak usu . " kata Hanani .

" ikan kembongnya sedap . " kata Nabila .

Bunyi dialog tu memang vee faham .
Confirm tunggu peluang mak usunya tak habis makan .
... heh heh heh .

Akhirnya , vee cuma mampu makan 
tak sampai separuh pun nasi kerabu tu .
Bagi je la kat anak buah .
Budak tengah semangat nak makan kan .
Tak sampai hati lak mak usunya .

Kita ni dah hidup berpuluh tahun 
berbanding dengan bebudak ni yang baru nak membesar .
Sedekah je la kat mereka .
Ada rezeki , beli lagi ...

Nasi Keras



2 Sila komen:

  1. PAGI2 SARAPAN NASI KERABU VEE MMG SEDAP....KENYANG...

    ReplyDelete
  2. Serius Vee, walaupun dah besar panjang dan dah tua (eh, ya ke?) saya tak pernah lagi merasa nasi kerabu. Tak percaya? Silalah percaya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...